Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Universiti Terbaik Di Malaysia 2020

Ranking universiti di Malaysia tahun 2020. Kalau anda bekerja dalam sektor pendidikan dan pengajian tinggi, anda pasti tahu betapa pentingnya ranking atau kedudukan universiti anda di mata dunia. Semakin tinggi ranking universiti anda, maka banyak peluang pelaburan, tambahan jumlah pelajar, tawaran membuat penyelidikan (geran) daripada syarikat korporat dan kerajaan serta lain-lain faktor yang menjadi nilai tambah kepada universiti.

Ranking Universiti-Universiti Malaysia 2020


Sila semak ringkasan ranking universiti-universiti di Malaysia pada peringkat dunia.

Saya pernah belajar di UTM dan lepasan MBA. Abang dan kakak ipar saya pula graduan UM. Adik saya pula lulusan UKM. Alhamdulillah.. kami bangga belajar di dalam negara yang tercinta!

10 Universiti Terbaik Di Malaysia 2020

10 universiti terbaik di Malaysia

1. Universiti Malaya (UM) - ranking 70
2. Universiti Putra Malaysia (UPM) - ranking 159
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - ranking 160
4. Universiti Sains Malaysia (USM) - ranking 165
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - ranking 217
6. UCSI University - ranking 442
7. Universiti Teknologi Petronas (UTP) - ranking 482
8. Taylor's University - ranking 511 -520
9. Management and Science University - ranking 541 - 550
10. Universiti Utara Malaysia (UUM) - ranking 591 - 600

Bagi tahun 2019, MSU belum tersenarai dalam universiti terbaik di dunia tersebut. Namun pada tahun mendatang.. MSU telah terpilih. Syabas kepada tenaga pengajar dan pengurusan MSU.

Universiti Malaya menjadi universiti berprestij di Malaysia dan terbaik di negara ini. Dah berpuluh tahun di asaskan di Malaysia, UM jadi universiti pilihan utama kepada kebanyakan pelajar terutamanya yang berminat menjadi peguam atau ahli ekonomi pada masa depan.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close