Header Ads

Doa Tolak Hujan Khas Untuk Orang Berniaga


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Doa Tolak Hujan Khas Untuk Orang Berniaga
Doa Tolak Hujan Khas Untuk Orang Berniaga. Mencari rezeki dengan berniaga adalah pekerjaan yang halal. Terutamanya mereka yang berniaga di bawah terik matahari atau di bazar-bazar atau pasar malam. Kekangan peniaga seperti ini adalah keadaan cuaca terutamanya hujan. Jadi, saya kongsikan doa yang boleh diamalkan agar waktu kita berniaga hujan tak turun di kawasan kita, untuk sementara waktu.

Peniaga-peniaga macam ni perlu amalkan doa ini. Diambil dari kitab Matla'ul Badrain kitab mashyur, yang ramai dah tahu. Sebab kita sangat berhajat dengan ketiadaan hujan ketika berniaga. Mudah-mudahan Allah swt kurniakan sebesar-besar rezeki pada kita semua. Amin...


Doa Tolak Hujan Khas Untuk Orang Berniaga


Disertakan doa di bawah bagi orang berniaga minta hujan tak turun di tempat mereka berniaga. Kita usaha mohon dengan Allah yang Maha Berkuasa. 

Doa Tolak Hujan Khas Untuk Orang Berniaga

Doa tolak hujan dalam rumi:


Allahumma hawaalainaa walaa 'alainaa
Allhumma 'alal kaam wazzorobi 
Wabutuunil awdiyat wamanaa bitissyajari

Maksudnya;

Ya Allah, pindahkan daripada kami dan jangan atas kami. Ya Allah, alihkan hujan di atas gunung dan tanah tinggi dan perut lembah dan tempat tumbuhan pokok.

Semoga doa tolak hujan ini bermanfaat kepada mereka yang mencari rezeki halal dengan berniaga. Semoga Allah SWT menitipkan belas ehsannya kepada mereka yang mengamalkan doa tolak hujan ini.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.