Header Ads

Duit Raya Adik Vs Abang


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Duit Raya Adik Vs Abang
Duit Raya Adik Vs Abang. Hari raya hari mulia bergembira bersama keluarga tercinta. Saling bermaafan menjamu selera, namun apa dimakan janganlah ikut selera nafsu semata. Perut dan berat badan nak juga dijaga. Selamat hari raya semua..

Cerita pasal raya, yang paling best adalah waktu kutip duit raya! Zaman kita dah berlalu. Kini zaman anak-anak pula. Seronoknya mereka dapat sampul duit raya. Dapat pulak tu bukan sikit-sikit. Ada pakciknya yang bagi sorang RM100. Mak tok dia orang bagi sorang RM20. Itu belum lagi dari pak cik mak cik kedua-dua belah ibu dan bapa. Seronok kan?

Duit Raya Adik Vs Abang


Adik umurnya 12 tahun. Tentulah duit raya nya lebih banyak dari si abang. Abangnya pula dah nak masuk 20 tahun, orang nak bagi duit raya pun fikir banyak kali. Haha..

Si adik pun rajin songlap duit raya si abang. Si abang redha je sebab dia tak kisah dah dapat duit raya atau tak. Dah besar katakan...

Duit Raya Adik Vs Abang

Dalam gambar atas dan bawah.. yang kiri duit raya adik. Hehe.. yang kanan duit raya si abang. Abangnya pun dah redha tak dapat duit raya. Muka matured sangat.. haha

Duit Raya Adik Vs Abang


Rujuk gambar bawah.. si adik punya duit raya. Macam duit salam kaut majlis kahwin je..

Duit Raya Adik Vs Abang

Yang sikit ni duit raya si abang.. (gambar bawah) ๐Ÿ˜…, walau sikit tapi jumlahnya banyak. Sampai si abang nak buat modal buat forex trading.. suka hati lah naaak..


Walau amalan bagi duit raya sebenarnya tak digalakkan sangat.. tetapi tukar niat kepada sedekah untuk anak sedara.. lebih afdal rasanya. Mulai sekarang niatkan beri duit raya sebagai amalan sedekah kepada sanak saudara atau ibubapa dan sebagainya. Lagipun dalam sampul tu tak siapa tahu kita isi berapa. Seikhlas seadanya. Kan??

Selamat menyambut hari raya semua. 

3 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.