Ada kata durian boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mungkin ya.. sebab durian ni sifatnya panas dan tinggi kalori. Dan kebanyakan durian manis rasanya. Memang kena jaga-jaga bagi penghidap kencing manis dan darah tinggi ya!!
Durian Menggemukkan? Fakta Atau Auta?
Betul ke? Tak caya?
Kena percaya dik non! Nanti lepas makan berbiji-biji durian, pergi timbang berat anda! Percaya cakap saya. Sebab.. saya dah buat.
Lepas makan durian dengan jumlah yang agak banyak (dalam 8 ulas), berat saya telah bertambah setelah ditimbang.

Durian boleh meningkatkan berat badan kerana mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji durian secara purata 1 kilogram mempunyai 1400 kalori dan seulas buah durian mempunyai 59 kalori.
Hehe.. amacam? Fakta atau auta?
Nak bakar 59 kalori (=1 ulas durian), kita kena berjogging selama 1/2 jam tau!! Anggaran anda berlari dalam tempo biasa. Sanggup ke tu?
Tapi.. jika dah suka durian, nak buat macam mana? Ya tak? Makan dulu, jogging atau diet tolak tepi..


1 Comments
Nasib baik durian tak berbuah sepajang tahun.
ReplyDeleteTapi ramai yang tak makan durian gemuk juga.
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.