Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan!!
Doa jugak adalah bahagian dari jalan pengharapan dan jalan taqwa. Ketika kita jatuh tersungkur tak punya apa-apa lagi, jangan pernah lupa kita masih ada DOA sebagai ikhtiar kita yang ditawarkan percuma kepada setiap hamba-hambaNya.

Maksud Bacaan Doa Qunut Yang Dibaca Sewaktu Solat Subuh

Maksud Bacaan Doa Qunut Yang Dibaca Sewaktu Solat Subuh. Usai solat subuh tadi, saya teringat nak cari maksud penuh bacaan doa qunut sewaktu solat subuh. Ya lah.. selalu baca faham yang maksud simple dia, kali ni saya nak faham betul maksud penuh bacaam doa qunut. Semoga dengan perkongsian ini telah menambahkan kefahamn kita tentang sesuatu maksud bacaan dalam solat kita.

Perlahan-lahan kita betulkan dan yakin dengan apa yang kita buat. Biar setingkat demi setingkat amalan kita bertambah baik secara perlahan tetapi berterusan. Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, jom kita share kepada rakan dan sahabat yang lain.

Maksud Bacaan Doa Qunut Yang Dibaca Sewaktu Solat Subuh


Maksud Bacaan Doa Qunut Yang Dibaca Sewaktu Solat Subuh

Bacaam doa Qunut dalam rumi


Allahhum-mahdini fiman hadait, Wa'afini fiman 'afait, Watawallani fiman tawallait, Waba-rikli fima a'tait, Waqini syarrama qadhait, Fa-innaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik, Wa-innahu la-yadzillu man-wa-lait. Wala ya’izzu man ‘adait. Tabaarakta rabbana wata’alait. Falakal-hamdu ‘alaa ma-qadhait. Wa-astaghfiruka waa-atu-bu ilaik. Wasollallahu ‘ala Saiyidina Muhammadin wa'ala a-lihi wasohbihi wasalam.

Maksudnya:

Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku sebagaimana orang yang Engkau beri petunjukMu. Berikanlah kesihatan kepadaku sebagaimana orang yang telah Engkau berikan kesihatan Dan peliharalah aku sepertimana orang yang telah Engkau peliharakan Berikanlah keberkatan dalam setiap perkara yang engkau berikan Dan selamatkan aku dari bahaya yang Engkau telah tentukan Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang dihukum Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin Dan sungguh tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Maha bagi Engkau segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan Aku memohon ampun dari Mu dan aku bertaubat kepada Mu (Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabatnya.

Senoga bermanfaat.

Bacaan doa qunut ni dibaca dalam rakaat kedua selepas berdiri daripada rukuk dan toma'ninah. Angkat kedua belah tangan seperti berdoa dan bacalah doa qunut ini sampai habis.

Jika terlupa baca, solat subuh masih sah. Tapi digalakkan sujud sahwi selepas memberi salam. Wallahua'lam.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments