Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Sambal Telur Dengan Kentang Goreng Yang Simple

Resepi Sambal Telur Dengan Kentang Goreng Yang Simple. Dah lama juga saya tak share resepi dalam blog ini. Kalau ada share pun setakat gambar je tanpa resepinya. So, kali ini saya share gambar dan resepinya sekali. Jika anda seperti saya, suka yang simple- simple je, inilah resepinya. Pasti jadi lauk kesukaan anak-anak nanti bila dah terbiasa. Hehe..

Resepi Sambal Telur Dengan Kentang Goreng Yang Simple

Resepi Sambal Telur Dengan Kentang Goreng Yang Simple

Kentang tu potong kasar macam saya buat pun boleh. Goreng dulu kemudian baru masuk dalam sambal telur nanti.



Kalau setakat meratah sambal telur dengan kentang goreng ni pun sedap. Makan macam gitu je.. 

Resepi Sambal Telur Dengan Kentang Goreng Yang Simple


Bahan-bahan:

2 biji kentang - potong ikut suka
3 biji telur
1 biji bawang besar - kisar
10 tangkai cili kering - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 sudu makan serbuk kunyit - kisar
Garam dan gula secukupya
Air
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan yang mudah


1. Goreng seketika kentang, sekadar masak. Ketepikan.

2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan setengah cawan air. Biar mendidih.

3. Pecahkan telur dan kacau rata.

4. Kemudian, masukkan kentang goreng tadi. Gaul rata.

5. Akhir sekali perisakan dengan garam dan gula.

Sambal telur dengan kentang goreng anda siap untuk dihidangkan.

Saya akan buat lauk ni bila tak ada stok sayur dalam peti sejuk. Kentang dan telur memang stok barang dapur yang tak pernah terputus bekalan. Bila tak ada lauk, sambal telur dengan kentang goreng ini pun jalan.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments