Oleh kerana sekarang sedang musim raja buah, nak tak nak kita pun terjebak sekali. Lebih-lebih lagi yang memang kaki buah. Di sekitar tempat kerja juga begitu banyak gerai buah durian. Hampir setiap rumah ada pokok durian. Depan rumah juga jual durian. Jadi, macam mano nak buek tu? Redho je lah kan.. poket pun ikut menipis saban hari.
Musang King Vs IOI Mana Lebih Rajanya?
Jom makan durian. 2 minggu lepas dah beli jugak. Kali ni beli lagi sebab si kecik tak puas makan. Katanya nak yang warna kuning pekat dan nak yang manis. Alahai anak.. mahal tu citarasanya..
Musang King
Warna isinya agak kuning tapi tak sepekat warna durian IOI. Sekali pandang pun dah tahu. Bentuk durian IOI agak bersegi sikit berbanding musang king yang agak bulat. Musang king lebih mudah dibuka berbanding durian IOI.
Itulah pengalaman saya..






Durian IOI
Warna isi durian IOI adalah kuning pekat, isinya tebal dan berlemak.


Warna kulit durian IOI lebih kehijauan berbanding Musang King yang hijau pudar.



Durian IOI ada bau wangi sedikit berbanding durian musang king yang tak ada bau sebegitu. Tapi musang king lebih manis, ikut lidah saya la. Mungkin anda lain di lidah, ikut deria masing-masing.
So, nikmatilah masa musim buah durian sekarang, mungkin ada mahal sedikit tetapi sesekali apa salahnya layan tekak makan raja buah.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.