Header Ads

Nasi Ayam Black Pepper Menu Lunch Hari Ini


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Nasi Ayam Black Pepper Menu Lunch Hari Ini
Nasi Ayam Black pepper Menu Lunch Hari Ini. Hari ni dah naik kerja selepas cuti raya dekat seminggu lebih. Seronoknya cuti raya sampai tak ingat nak naik kerja. Tapi bila dah naik kerja, bertimbun dokumen nak kena settle dan hantar kepada pelanggan.

Sebab dah lama tak makan kat restoran melayu dekat office, saya pun lunch kat situ je hari ni. Order nasi ayam blackpepper. Tak pernah test sebelum ni. Kalau nasi ayam biasa tu dah selalu makan..


Nasi Ayam Black Pepper Menu Lunch Hari Ini


Nasi ayam ada banyak jenis, ada nasi ayam hainan, nasi ayam madu, ada juga nasi ayam blackpepper.

Nasi Ayam Blackpepper Menu Lunch Hari Ini

So, lunch hari ni saya nak makan nasi ayam black pepper. Apa rasanya? Hmm.. ayam tu di panggang sekejap then digoreng. Lepas tu siram dengan kuah blackpepper, yang macam kita makan chicken chop tu..


Pada saya, nasi ayam biasa yang goreng madu tu lagi sedap. Dengan sambalnya.. dan sup. Itu dah cukup..

Nasi Ayam Blackpepper Menu Lunch Hari Ini


Kalau anda nak makan nasi ayam.. pilih lah yang betul-betul anda biasa makan. Nanti jadi macam saya, nak mencuba tapi hasilnya memang tak seperti kita harapkan.. 

Tapi jika nak mencuba tapi tak kisah dengan rasa dan hasilnya.. terpulang. Sebab, setiap citarasa orang adalah berbeza-beza.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.