Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Durian 1O1 Dan Durian Kampung, Lemak Manis Terbaik

Beli Durian 1O1 Dan Durian Kampung, Lemak Manis Terbaik. Musim durian datang lagi. Kalau anda hantu durian, inilah saat yang ditunggu-tunggu. Macam-macam jenis durian yang keluar. Yang terbaik? Musang king kut? Ada lagi durian yang lebih sedap? Meh habaq apa nama dia? Nak juga merasa..

Kalau tak suka makan durian, anda boleh juga buat bubur durian, serawa durian, durian goreng dan banyak lagi. Rugi tau sesiapa yang tak makan raja buah ni. Sekali setahun je..


Beli Durian 1O1 Dan Durian Kampung, Lemak Manis Terbaik


Tak tahan dah hidung dan tekak saya ni. Mana boleh jadi, depan pejabat seberang jalan dia orang pepagi buta dah bentang durian. Allahu.. dah lah saya puasa, officemate makan pakai tahan hidung je.. hehe

Akhirnya, petang tadi beli beberapa biji durian kampung dan I0I. Lepas geram dah..

Beli Durian 1O1 Dan Durian Kampung, Lemak Manis Terbaik

Beli Durian 1O1 Dan Durian Kampung, Lemak Manis Terbaik

Alhamdulillah..

Durian kampung yang isi putih tu.. sedap sangat. Manis dan berlemak.



Dalam 4 biji durian tu saya beli RM100. Harga kawan-kawan kata tauke durian tu. Kalau dia tak bagi diskaun, memang nak kenalah..




Durian isi kuning ni jenis baka I0I. Warna dia macam majerin kan? Rasanya memanglah sangat sedap, lemak berkrim macam susu sejat manis tu.



Beli Durian 1O1 Dan Durian Kampung, Lemak Manis Terbaik
Tak boleh makan banyak-banyak. Nanti panas badan tak boleh tidur malam. Lepas makan durian, perbanyak minum air masak. Itu penting ya..

Beli banyak-banyak lepas tu kami simpan dalam freezer. Bila teringjn baru makan sikit demi sikit. Macam ais krim durian pulak rasanya. 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close