Header Ads

Resepi Pulut Mangga Yang Sedap Dan Segar


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Pulut Mangga Yang Sedap Dan Segar
Resepi pulut mangga - Pulut mangga memang sedap, makan dengan mangga yang baru keluar dari peti sejuk. Hmm.. rasa sejuk je kat tekak. Orang kata kalau suka, kena lah belajar memasaknya, supaya tak membazir buang duit beli dengan harga yang agak mahal. Order satu bekas polesterin je dah RM7.00. Makan dekat hotel lagi lah mahal harganya. Orang kata kalau buat sendiri jimat banyak. Betul ke?

Apa kata kita belajar buat pulut mangga, nak makan tiap-tiap hari pun boleh.

Resepi Pulut Mangga Yang Sedap Dan Segar

Resepi Pulut Mangga Yang Sedap Dan Segar

Dapat makan macam ni, lepas tu sos santan tu sejuk segar.. memang awesome.

Resepi Pulut Mangga


Bahan-bahan:

3 biji mangga masak - potong ikut suka
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak

Pulut Kukus


Bahan bahan:
600gm beras pulut – rendam 4 jam
(Kalau nak buat berwarna, bahagi 3 (200gm beras pulut dan rendam dengan bunga telang untuk warna ungu dan hijau dengan pes pandan, agak-agak nak terang mana warnanya)

Cara-cara :

1. Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Bahagi tiga bahagian warna dan kukus sekali selama 45 minit - 50 minit atau sehingga masak. Angkat dan masukkan 3 warna pulut kukus ke dalam 3 bekas berasingan.

2. Tuang 1/2 cawan atau lebih santan di setiap pulut kukus berwarna. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut, tutup mangkuk dengan tudung periuk dan perapkan selama 15 minit.

Santan untuk pulut


Bahan bahan:

2 cawan santan
1 cawan gula
2 sudu kecil garam

Cara cara:

Satukan semua bahan. Masak hingga mendidih dan kacau sehingga gula larut dan masak hingga sos nampak pekat.

Sos Santan


Bahan bahan:

1 cawan santan
2 sudu kecil tepung beras
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:

1. Satukan semua bahan. Masak hingga mendidih dan kacau sehingga gula larut dan masak hingga sos nampak pekat.

2. Angkat dan sejukkan.

3. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.

Sumber - linathomasrecipes facebook MAHN

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.