Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan!!
Doa jugak adalah bahagian dari jalan pengharapan dan jalan taqwa. Ketika kita jatuh tersungkur tak punya apa-apa lagi, jangan pernah lupa kita masih ada DOA sebagai ikhtiar kita yang ditawarkan percuma kepada setiap hamba-hambaNya.

Sayuran Untuk Lunch Masak Lemak Kacang Panjang Dengan Tauhu Dan Taugeh

Sayuran Untuk Lunch Masak Lemak Kacang Panjang Dengan Tauhu Dan Taugeh. Inilah sayur kegemaran kami anak beranak. Simple but nice! Haha.. potong-potong, campak dan masak. Mudah kan?

Ada kadangkala emak saya akan masukkan tempe yang digoreng sementara ke dalam sayur lemak kacang panjang ni. Kalau yang suka, memang best juga rasanya. Tapi kalau saya, tak berapa suka letak tempe. Ikut citarasa masing-masing kan..


Sayuran Untuk Lunch Masak Lemak Kacang Panjang Dengan Tauhu Dan Taugeh


Layan makan tengahari lauk ikan selar kuning goreng kunyit, sayur tauhu, kacang panjang dan tauge masak lemak.



Saja saya goreng ikan selar tu garing-garing, supaya sedap nak ratah.


Sempat juga saya buat sambal totok, sambal orang jawa.. haha.. makan memang tak toleh kiri kanan..


Sayur campur masak lemak ni dah lama kami sediakan, dari anak-anak kecil lagi. Bila dah biasa, dah jadi sayur legend kat rumah.

Bahan-bahan:

1 mangkuk tauge
1 mangkuk kacang panjang - hiris 1 inci
5 biji tauhu - potong empat segi, saiz ikut suka
5 biji cili padi - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Segenggam ikan bilis
1 kotak santan
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan:


1. Tumis bahan hiris dan ikan bilis sampai naik bau. Masukkan tauhu. Biar tauhu kekuningan.

2. Masukkan kacang panjang pula. Biar masak dan sedikit layu.

3. Kemudian, tuangkan santan. Kacau rata. Biar mendidih.

4. Perisakan dengan garam dan bahan perasa yang dibenarkan.

5. Akhir sekali, baru masukkan tauge. Matikan api.

Sayur masak lemak tauhu, tauge dan kacang panjang siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments