Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kek Minyak 3 Warna Dengan Sukatan Cawan

Resepi Kek Minyak 3 Warna Dengan Sukatan Cawan. Kek minyak ni kita orang panggil juga kek "bodoh" sebab kek ni bahan-bahan dia biasa je dan amat mudah nak buat. Kalau malam-malam raya biasa jadi je sebuku dua kek minyak ni.

Bau harum kek minyak ni bila dah masak, masyaAllah, satu rumah tak boleh tahan. Bila buat dah malam, ada yang sanggup bersengkang mata nak tunggu kek minyak ni masak dan makan panas-panas.
Resepi Kek Minyak 3 Warna Dengan Sukatan Cawan


Gambar sekadar hiasan. Tapi macam nilah mak saya buat dulu-dulu, macam-macam warna ada. Kita orang order je, warna warni tu guna pewarna atau kita dulu panggil inci. Hehe..

Resepi Kek Minyak 3 Warna Dengan Sukatan Cawan


Bahan-Bahan;

5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
1/2 cawan gula kastor
sedikit pewarna saya guna merah jambu, hijau, kuning
sedikit perisa ikut suka - saya guna perasa nenas

Cara penyediaannya:


1. Panaskan oven pada suhu 170" C kemudian ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan. Siapkan loyang dan lenserkan butter diatasnya. Lepas itu alaskan dengan baking paper.

2. Pukul gula bersama telur dan ovalatte hingga kembang, masukkan esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi sekejap. masukkan perisa mengikut yang anda suka dan minyak jagung. dan gaul adunan hingga rata.

3. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak dan gaul lagi hingga rata. Bahagikan adunan kepada 3 warna. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan corak warna mengikut kreativiti masing-masing.

4. Akhir sekali, bakar adunan ke dalam oven selama 50 minit atau hingga masak. Bila sudah masak angkat dan sejukkan. Potong ikut saiz disukai dan hidangkan.

Biasanya kek minyak ini sedap dimakan ketika masih panas-panas kerana sudah tidak sabar dengan kesedapan baunya. Harum satu rumah. Hihi..

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close