Header Ads

Tips Bakar Biskut Raya Hasilnya Gebu, Tak Hangit Dan Tahan Lama


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Tips Bakar Biskut Raya Hasilnya Gebu, Tak Hangit Dan Tahan Lama
Tips Bakar Biskut Raya Hasilnya Gebu, Sekata Dan Tahan Lama. Masa nak raya hari tu pasti ramai buat kuah raya sendiri sebab nak rasa 'feel' raya tu. Betul tak? Bagaimana hasilnya? Jadi tak kuih raya anda tu? Kalau jadi dengan cantik dan sedap, tahniahlah.. anda memang terbaik! Ada yang kuih rayanya rosak? Tak masak? Terlebih hangit? Macam mana tu?

Pasti ada cara, tips dan petua nak bakar biskut raya, kan? Jangan risau, di sini saya share kan cara bakar kuih raya sesedap rasa dan cantik hasilnya.

Tips Bakar Biskut Raya Hasilnya Gebu, Tak Hangit Dan Tahan Lama

Tips Bakar Biskut Raya Hasilnya Gebu, Tak Hangit Dan Tahan Lama


Kadang kesian tengok kat FB ramai yang share tentang pengalaman dia orang bakar kuih raya dengan hasil yang agak mengecewakan.. 

Tak usah kecewa sangat, okay..

Tengok kawan-kawan dalam laman social seperti MAHN, tak berapa nak jadi biskut raya mereka.. Dah lah bahan buat kuih mahal sekarang ni. So, saya share beberapa tip untuk biskut raya yang cantik kejadiannya.. Insya Allah menjadi....

Tip 1: 

Sebelum bakar biskut-biskutnya, pasti kan oven dipanaskan dahulu dalam 5minit. Bukak api atas bawah. Supaya biskut kita bakar sekata. 

Tip 2: 

Jangan ikut bulat-bulat suhu dalam resepi. Ikut pada kepanasan oven masing-masing. Kalau terlalu panas takut biskut rentung. Kalau tak panas takut tak masak pulak biskut nya 

Tip 3: 

Sebelum bakar semua. Try bakar 1 dulu. Tengok kejadian nya mcm mana. Kalau lembik, tambahkan doh dengan tepung. Kalau kembang, Kecik kan sikit saiz biskut nya. 

Tip 4: 

Untuk kuih semperit, Kalau doh terlalu lembut @ biskut terlalu rapuh & pecah, campurkan doh dengan sedikit tepung gandum. Supaya biskut semperit tak cepat pecah dan rapuh. 

Tip 5: 

Untuk almond london. Semasa nak cair kan coklat masakan menggunakan teknik double bowl.. . Campur kan coklat dengan minyak sayuran @ lemak sayuran. Supaya coklat menjadi likat & berkilat.   

Tip 6: 

Untuk cornflake madu. Selepas letakkan dalam acuan, bakar sekejap dalam 10min. Barulah cornflake nya tak mudah relai dari acuan. 

Tip 7: 

Untuk tat nanas. Semasa nak bentukkan jem nanas. Sapukan minyak masak dekat tapak tangan. Barulah jem nanas tak melekat dekat tapak tangan & baru jem tu terbentuk elok. Okay..

Credit : Facebook Ekin Talep


Selamat mencuba semua. Practice makes perfect! Gitulah orang putih kata. Semua benda boleh je kita adjust dan repair. Yang penting jangan berhenti berusaha dan jangan takut gagal.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.