Header Ads

Tomyam Campur Dan Puyuh Sambal Hidangan Berbuka Puasa


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Tomyam Campur Dan Puyuh Sambal Hidangan Berbuka Puasa
Tomyam Campur Dengan Puyuh Sambal Hidangan Berbuka Puasa. Alhamdulillah. Hari ni sempat ganti puasa ramadan 2019. Nak cepat ganti sementelah sekarang ni mood puasa sedang membara. Sebab dah dilatih sebulan lepas boleh berpuasa, rileks je.. kali ni pasti jadi. Pasti boleh ganti puasa ramadan dalam bulan syawal. Sambil puasa 6 Syawal, cepat-cepat ganti pula puasa yang tertinggal disebabkan keuzuran, khas untuk wanita..


Tomyam dengan puyuh sambal bukan saya yang masak tetapi tumpang "dapur" orang lain. Jadinya beli dah siap dari restoran. Hehe.. kalau nak masak tak sempat, banyak benda nak kena standby.. walau masak tomyam cuma campak-campak je sebenarnya.

Tomyam Campur Dan Puyuh Sambal Hidangan Berbuka Puasa


Kat rumah dah ada kari ayam. Baki sahur pagi tadi. Tekak pula nak berbuka dengan tomyam, maka saya pun tapau je tomyam campur. Dan dengan sambal puyuh sekali.

Jom layan gambar..

Tomyam Campur Dan Puyuh Sambal Hidangan Berbuka Puasa

Tomyam Campur Dan Puyuh Sambal Hidangan Berbuka Puasa

Tempah puyuh sambal untuk 2 orang makan. Dua ekor puyuh.. sedap. Tulang puyuh lembut je. Selalu juga kami ratah puyuh goreng atau sambal. Biar kurang pedas, anak-anak boleh share sekali.

Tomyam Campur Dan Puyuh Sambal Hidangan Berbuka Puasa


Tomyam campur ada udang, sotong dan ayam. Makan sekeluarga kecik kami yang 4 orang je..




Sayur campur tu saya masak sendiri ya. Simple je, letak tempe sikit dengan kacang panjang dan suhun. Itu pun dah sedap.. kihkih..



Selamat berbuka kepada yang sedang puasa sunat 6 syawal dan juga puasa ganti ramadan 2019 yang lalu. Semoga kita memperoleh puasa yang diberkati dan diterima.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.