Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ubah Cara Makan Untuk Kurus Dan Sihat

Ubah Cara Makan Untuk Kurus Dan Sihat. Anda risau sebab anda gemuk? Berbadan besar hingga orang pandang anda dengan pandangan seram? Gemuk adalah pilihan. Kita yang pilih untuk berbadan besar. Jadi, kalau tak mahu diejek, tidak mahu diperli dan tak nak rasa mengah bila bergerak.. maka ubahlah cara kita makan. Kita adalah apa yang kita makan. Itulah puncanya. Ubahlah!! Jom sama-sama berubah.

Dari gemuk kepada kurus, apa yang kita boleh buat? Makan ubat kurus adalah tidak digalakkan sama sekali. Kerana kesannya adalah amat membahayakan. Apa yang boleh kita lakukan adalah tukar apa yang kita makan dari benda yang menggemukkan kepada makanan yang mwnyihatkan dan tidak menggemukkan.


Ubah Cara Makan Untuk Kurus Dan Sihat


Cara mudah nak kurus adalah tukar cara makan dan apa yang kita makan. Letakkan senarai makanan yang kita "haramkan" diambil dan gantikan dengan makanan yang kita "wajib" ambil.

Ubah Cara Makan Untuk Kurus Dan Sihat

Nak cuba? Jom kita sama-sama cuba ya!

Makanan yang diharamkan..

1. Kentang goreng dan piza
2. Kerepek dan segala mak nenek keropok
3. Ais krim .. hmm
4. Donut dan kek
5. Minuman bergula

Makanan yang diwajibkan..

1. Roti gardenia dan sandwich
2. Salad dan sayur-sayuran
3. Yogurt dan sorbet
4. Buahan segar
5. Susu dan teh O tanpa gula

Boleh ke tak boleh ni? Memang berat nak ubah kebiasaan yang sedap tapi apa kata kita cuba sampai jadi.

Nak kurus memang susah. Nak gemuk punyalah senang. Jadi, kita kena tahu apa kehendak badan kita, dan makan apa yang diperlukan oleh badan sahaja.

Ada orang makan setiap jam tapi maintain kurus. Ada orang tak makan berhari-hari tetapi tetap juga gemuk. Itulah tanda badan setiap orang berbeza. Keperluan makanan tubuh kita bergantung juga kepada aktiviti harian kita. Kerja lasak makan banyak. Kerja duduk je atas kerusi, kurangkanlah makan. Hehe..

Walau apapun yang kita buat, bersederhana itu awesome. Tak terlalu ekstrim tak juga terlalu longlai. Pilihan di tangan kita.

Jangan salah memilih ya. Nak gemuk atau kurus. Mulakan tindakan sekarang.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close