Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Tanda Anda Mempunyai Kehidupan Yang Baik

10 Tanda Anda Mempunyai Kehidupan Yang Baik. Hidup baik-baik dan minta Allah beri yang baik-baik kepada kita. Semua orang nak hidup macam itu, mana ada berdoa nak hidup yang tak baik, tak tenang kan? Kalau hidup baik dan tenang, itu pun satu rezeki yang cukup besar Allah dah bagi kat kita. Tugas kita hanya bersyukur dan bersyukur. Alhamdulillah.


Mempunyai kehidupan yang baik bukanlah semata-mata bersandarkan kewangan. Kesempatan dan peluang untuk berbakti kepada diri sendiri juga adalah satu tanda kehidupan yang baik. Ada orang yang kaya raya sangka mereka memiliki kehidupan yang baik padahal pada satu sudut lain mereka tak sempat pun menguruskan diri mereka sendiri. Rasa rugi sangat, kan?

10 Tanda Anda Mempunyai Kehidupan Yang Baik


Nak tahu tanda-tanda anda mempunyai kehidupan yang baik?

10 Tanda Anda Mempunyai Kehidupan Yang Baik
10 Tanda Anda Mempunyai Kehidupan Yang Baik

1. Anda ada tempat berteduh - walau tempat tinggal anda tu bukanlah sebuah singgahsana besar gah dan ada kolam renang! Cukup sekadar anda boleh tidur an salin baju dengan aman.. itu pun dah cukup membahagiakan

2. Anda sudah makan hari ini - hmm.. ada makanan, ada air dan perut tak berbunyi minta di isi. Tak tercari-cari duit syiling nak makan, begitulah umpamanya. Walau setakat makan yang ringkas dan boleh kenyang

3. Tersimpan kebaikan dalam hati anda - ada sekelumit kebaikan yang tersisa dalam diri. Ada pada ketika tertentu melakukan kebaikan walau sebesar zarah. Yang penting niat kebaikan itu masih wujud dalam hati anda

4. Anda mendoakan kebaikan untuk orang lain - sentiasa doakan kehidupan yang baik untuk orang lain. Sentiasa ada ingatan pada orang lain agar hidup mereka lebih baik dari sehari ke sehari.

5. Anda ada bekalan air yang bersih - alhamdulillah.. masih dapat minum air yang bersih dan tinggal di tempat yang sepatutnya bagi seorang manusia. Maksudnya anda tak tidur, makan atau minum dari bahan terbuang di tepi jalan dan sebagainya.

6. Anda mendapat sokongan daripada orang lain

7. Anda berusaha ke arah yang lebih baik

8. Anda memiliki pakaian yang bersih - ini pun salah satu tanda anda memiliki kehidupan yang baik. Dapat memakai pakaian yang bersih, tukar baju setiap hari dan ada kesempatan untuk menjaga kebersihan rumah dan diri sendiri juga.

9. Anda mempunyai impian yang baik - fikiran dan minda anda mengimpikan perkara yang baik-baik, tiada hasad dengki antara sesama makhluk di dunia ini.

10. Anda masih bernafas - alhamdulillah. Nikmat TuhanMu yang manakah yang engkau dustakan? Dapat bangun pagi dengan nafas yang segar, itulah nikmat yang paling mahal dalam dunia.

Sumber daripada facebook #lamanminda

Semoga bermanfaat.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close