Header Ads

Fadhilat Dan Kelebihan Baca Yasin Selepas Subuh


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Fadhilat Dan Kelebihan Baca Yasin Selepas Subuh
Fadhilat Dan Kelebihan Baca Yasin Selepas Subuh. Alhamdulillah. Dah baca surah Yasin tadi selepas subuh anda? Insyaa Allah.. banyak ganjaran pahala dan fadhilat yang Allah bagi. Dapat pahala baca la Quran. Tengok al Quran pun dapat pahala, baca dan faham maksud dapat pahala.. dan kemudian baca pula surah Yasin, dapat fadhilat dan kelebihannya. Ya Allah.. ar Rahman nya Allah kepada kita, yang banyak dosa. Subhanallah..

Fadhilat Dan Kelebihan Baca Yasin Selepas Subuh

Sebelum itu, anda boleh baca secara terperinci keberkatan surah Yasin pada link ini.. [.. keberkatan surah Yasin dalam kehidupan]

Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam hari sebelum tidur, Allah mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil memohonkan ampunanuntuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya para malaikat itu beribadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul A’mal).

Fadhilat Dan Kelebihan Baca Yasin Selepas Subuh


Surah Yasin. Jantung al Quran. Surah yang dibaca pada setiap ada majlis kesyukuran, kenduri doa selamat, tahlil dan banyak lagi. Ada banyak acara yang orang baca surah Yasin. Maknanya.. surah Yasin memang dah dihafal oleh ramai orang.. biasa di dengar dan jadi amalan harian sesetengah orang dibaca selepas subuh.

Fadhilat Dan Kelebihan Baca Yasin Selepas Subuh

Jadi, apakah fadhilatnya yang boleh kita dapatkan apabila surah Yasin dibaca selepas solat subuh?


Bila dibaca surah Yasin selepas solat subuh, nescaya Allah Taala mengabulkan segala doa dan permohonan kita. Mintalah apa saja yang baik-baik, insya Allah akan dapat. Saya dan mencubanya, memang mujarab. Tetapi berapa ramai daripada kita yang kuat menahan mata yang mengantuk untuk menghabiskan bacaan tersebut. Sebab itu sesiapa yang rajin membaca surah Yasin selepas solat subuh, memang dia dari golongan yang beruntung.

Secara ringkasnya:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


Jika anda amalkan membaca surah yassin setiap hari, segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga oleh Allah SWT. Bermakna, jika kita biasakan membaca surah Yassin setiap pagi selepas solat subuh atau selepas solat dhuha, keperluan kita akan Allah lengkapkan. JANGAN buat amalan ini hanya semata-mata untuk nikmat dunia sahaja sebaliknya jadikan amalan untuk meraih keredhaan Allah SWT.

Sumber:

1. Shafiqalbu.wordpress.com
2. www.limaumanis.net
3. www.aynorablogs.com - link ada dalam entri

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.