Header Ads

Dinner Siakap 3 Rasa, Tomyam Campur Dan Sate


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Dinner Siakap 3 Rasa, Tomyam Campur Dan Sate
Dinner Siakap 3 Rasa & Tomyam Campur. Selamat malam semua. Dah dinner ke? Kami baru je habis makan malam di restoran cahaya. Restoran makanan laut berhampiran kediaman kami. Ambil set yang sederhana saiz untuk 2 orang makan tetapi mintak nasi 4 set. Sebelum itu kami order sate campur, ayam dan daging RM20.00. Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.

Pada hujung minggu memang kebiasaannya saya jarang masak. Terutama bila kena kerja half day pada hari sabtu. Memang kelaut la mood nak masak. Kalau hari minggu tu kekadang masak, ada kala tapaw jugak, lagi-lagi bila kat rumah cuma tinggal berdua dengan En suami.

Dinner Siakap 3 Rasa & Tomyam Campur



Nikmat Tuhanmu yang mana hendak kamu dustakan? Bersyukurlah dapat makan anak beranak sedangkan mungkin ada orang lain yang makan berlaukkan ikan kering dengan kicap je. Maka, bersyukurlah..

Siakap 3 rasa yang sedap! Markah penuh saya bagi. Luarnya rangup, tapi isi di dalam lembut. Masak penuh, tak ada yang terhangit. Kuah dia sedap juga, ada pedas dan masamnya. Hirisan daun ketumbar di atasnya memang menaikkan rasa siakap 3 rasa ini. Alhamdulillah..



Puyuh sambal, siakap 3 rasa dan tomyam campur. Sedap. Portion pun banyak.



Sayur kailan goreng biasa, antara sayur kegemaran.


Hmm.. ada juga sotong goreng tepung. Yummy!! Rangup tau.. sos cicah dia siam mari, memang win. Buat sendiri susah nak dapat rasa yang sama.


Order sate campur ayam dan daging RM20.00. Sate saiz pun besar-besar. Memang berbaloi harganya. RM0.90 sebatang.

Selamat berehat bersama keluarga. ✌✌

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.