Header Ads

Resepi Roti Garlic Gardenia Dengan Mushroom Sup


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Roti Garlic Gardenia Dengan Mushroom Sup
Resepi Roti Garlic Gardenia Dengan Mushroom Sup. Bak kata owner resepi ni, dia kata sampai ketagih makan roti cicah mushroom soup. Haha.. saya pun sama, asal pergi makan kat hotel.. ada menu ni mesti makan yang ini dulu. Tak tahu kenapa mushroom soup kat hotel sedap no! Tak boleh kata tidak.. lagi satu mushroom soup kat SDS pun sedap. Sampai habis licin saya makan..

Baiklah. Resepi roti garlic pakai roti gardenia je ni saya kongsi resepi dari FB Nur Sakinah. Moga halalkan perkongsian ini ya. Rupanya senang je nak buat mushroom soup tu.. nak pekat letak tepung gandum.. lepas ni boleh cuba sendiri.

Resepi Roti Garlic Gardenia Dengan Mushroom Sup

Simple je kan makan dengan roti gardenia garlic. Nipis dan rangup..

Resepi Roti Garlic Gardenia Dengan Mushroom Sup


Resepi Roti Garlic Gardenia Dengan Mushroom Sup


Roti Garlic Gardenia Ketagih & Mushroom Soup Sedap juga buat sendiri, resepi di bawah ye

Bahan-bahan Mushroom Soup: 

300ml air 
500ml susu segar 
1 kiub ayam 
1/2 sudu teh daun parsley 
1/2 sudu teh serbuk lada hitam 
1/2 sudu teh garam 
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 sudu besar mentega 
1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang) 

Cara-cara: 

1. Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam. 

2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati. 

3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi. 

4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi. 

5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat. 

Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia Ketagih 


Roti Gardenia 
Bawang Putih 
Mentega 
Secubit garam (tak mahu bubuh takpa) 
Daun Parsley 

Cara-cara

1. Tumbuk bawang putih. Gaul ke dalam mentega 

2. Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati 

3. Sapu ke atas roti 

4. Dan bakar api atas bawah (oven) Sedia ! Wangi ja lepas masak tauuu. Cubalah. Senang ja pun ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š 

#FBNurSakinah 
#CookWithLove

Wahhh!! Dah boleh buat sendiri lepas ni. Lagipun menu ni ringkas je, sedap untuk minum petang atau pun makan malam pun boleh. 

Saya pun izinkan korang share kat kawan-kawan dan sedara mara yang suka masak ringkas cara western ni. Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.