Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Surah al Ikhlas Dibaca 3 Kali Selepas Solat Fardhu Anda Pasti Tak Percaya!

Khasiat Surah al Ikhlas Dibaca 3 Kali Selepas Solat Fardhu Anda Pasti Tak Percaya! Al Quran adalah penawar segala penyakit. Setiap satu ayat di dalam al Quran adalah terapi kepada kepada diri kita dan penawar kepada segala keluh kesah yang merajai hati. Kita tertanya-tanya tentang sesuatu perkara, tiada jawapan kepada segala kejadian di sekeliling kita tetapi kembalilah kepada al Quran. Segala jawapan ada di situ.

Jika anda rasa ragu-ragu dan tak pasti tentang sesuatu, kembalilah kepada al Quran. Anda pasti ketemu jawapannya.

Khasiat Surah al Ikhlas Dibaca 3 Kali Selepas Solat Fardhu Anda Pasti Tak Percaya!



Bacalah Surah al Ikhlas 3 Kali Selepas Solat Fardhu Anda Akan Terkejut Dengan Khasiatnya!


Surah al Ikhlas


Bacalah dan amalkannya. Surah al ikhlas, bila dibaca dengan bersunggug-sungguh dan seikhlasnya.. adalah satu penghambaan kepada Allah yang bersaksi bahawa Allah adalah satu, yang Maha Esa. Tiada yang lain kecuali Allah. Kita menjadi seikhlas-ikhlasnya. Serahkan jiwa raga kita kepada yang Maha Satu ini.
"Qul huwallahu ahad, Allahussomad, lamyalid walam yuulad, walam yakullahu kufuwan Ahad."

Maksudnya;

Katakanlah: Dia Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara denganNya.

Tak ada lagi berbelah bagi. Hanya Allah yang memiliki alam ini dan kita semua pun miliknya. Jadi, dengan mengamalkan surah al ikhlas, kita jadi ikhlas dan lapang dada. Menyerahkan semua urusan kita kepadaNya. Bersangka baik kepada setiap perancanganNya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah jua.

Khasiat Surah al Ikhlas Dibaca Selepas Solat Fardhu



Surah al ikhlas boleh mengubati diri sendiri. Ya ke? Bagaimana caranya?

Apabila kita membaca surah al ikhlas 3 kali selepas setiap solat fardhu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasulullah SAW bersabda, "Surah al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (rohani atau jasmani)." (HR Ibnu Majah r.a)

Semoga kita beroleh manfaat kepada peekongsian di atas. Telah lama saya amalkan membaca surah al ikhlas selepas solat fardhu, ternyata memang benar ia jadi penawar kepada segala penyakit rohani dan jasmani. Dengan izin Allah, sepanjang bekerja dalam tempoh 2 tahun, saya tak pernah MC lagi. Batuk, selsema, sakit kepala kerana stress pun jarang dan dijauhkan dari tubuh badan saya. Alhamdulillah. Ini semua rezeki buat saya kerana dikurniakan kesihatan zahir dan batin asbab mengamalkan membaca surah al ikhlas selepas solat fardhu.

Alhamdulillah..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close