Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Resepi Kek Durian Gebu Ilham Cikgu Azlina Ina

Resepi Kek Durian Gebu Ilham Cikgu Azlina Ina. Hari-hari saya stalker FB Cikgu Azlina Ina. Terliur tengok resepi-resepinya. Mudah semua pulak tu. Kita yang tak minat masak pun boleh terjebak dengan cara dia masak tu.. lagi-lagi bab buat kek. Walau ayat dan resepi macam tunggang langgang, kita kena faham dan hadam betul-betul. Haha.. memang sempoi kan?

Baiklah. Kat sini saya nak panjangkan pula resepi duriannya. Iaitu resepi kek durian gebu. Tak gebu bukan kek durian resepi dia lah tu. Ini mesti silap tangan kita sendiri yang membuatnya.. haha

Jom layan gambar kek durian gebu ala Cikgu Azlina Ina..

Resepi Kek Durian Gebu Ilham Cikgu Azlina Ina

Resepi Kek Durian Gebu Ilham Cikgu Azlina Ina

Resepi Kek Durian Gebu Ilham Cikgu Azlina Ina

Semua gambar adalah milik Cikgu Azlina Ina ya, bukan saya yang buat. Saya sedang cuba nak buat sebab saya ni antu durian, pantang benda berasaskan durian, memang fanatik giler.

Resepi Kek Durian Gebu Ilham Cikgu Azlina Ina


Bahan-bahan;

250g pure butter /majerin 
1 cawan gula halus 
1sudu kecil esen vanila 
1 sudu kecil esen durian/ emolco durian 

**Bahan di atas mix smpai gebu ok 

7 sudu besar susu pekat
5 biji telur
1 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan tepung naik sendiri
7 sudu besar susu segar

Cara-caranya:

1. Masukkan 100-200 gram isi durian segar, carik-carikkan dengan 7 sudu besar susu pekat., ke dalam bahan yang di mix tadi iaitu butter, gula halus, esen vanila dan esen durian

2. Mix sekejap masuk telur satu-satu

3. Slowkan mixer masuk kan separuh tepung gandum ayak dan tepung selfrising.

4. Tuang pulak susu segar kemudian masukkan balance tepung sampai habis 

5. Bakar pada suhu 170 darjah, masa 45 hngga 50 minit bergantung oven masing.

6. Kek durian gebu segebu badan korg is done😜😜😜

Selamat mencuba resepi kek durian gebu dari FB Cikgu Azlina Ina. Nak cuba? Dipersilakan..


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments