Sambal Totok Simple Terbaik

Advertisement

Random Picks:
Sambal Totok Simple Terbaik. Sambal totok ni sedap makan dengan nasi panas, ikan goreng dan sayur rebus atau tumis simple je. Memang dah terbaik la kalau menghadap lauk macam tu. Makan bertambah.. hehe


Jika anda tak makan belacan, boleh gantikan bahan utamanya dengan ikan bilis. Macam kami sekeluarga.. bukan tak makan belacan langsung, tetapi tak simpan stok belacan kat rumah..๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Sambal Totok Simple Terbaik

Sambal Totok Simple Terbaik


Sambal totok yang saya sediakan untuk family tersayang. Simple benar.. jom semak resepi di bawah.


Bahan-bahan:

Segenggam ikan bilis @ boleh ganti belacan 2 inci
5 tangkai cili padi
5 tangkai cili hidup - hiris bulat
1 biji bawang besar - hiris kasar
Gula dan garam secukupnya

Cara menyediakannya:


1. Goreng ikan bilis, cili dan bawang hingga layu.
2. Kemudian, tumbuk hingga lumat/ separuh lumat. Jangan lupa perisakan dengan garam dan gula.
3. Siap untuk di hidangkan.

Gambar di bawah adalah sambal totok yang saya sediakan untuk family.

Sambal Totok Simple Terbaik

Bagi yang nak mencuba, silakan ya. Nak buat pun mudah sangat, bahan-bahan pula sangat murah. Sekejap je nak sediakan.

Kalau tak ada selera makan, boleh buat sambal totok ni. Biasa orang Jawa masak sambal ni, nak guna belacan atau ikan bilis, ikut suka.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.