Strawberry Coklat Masam Manis Dessert Kegemaran

Advertisement

Random Picks:
Strawberry Coklat Masam Manis Dessert Kegemaran. Sekarang ni cuaca agak panas. Tekak rasa haus je, nak minum je. Lepas tu asyik keluar masuk tandas. So, get ready la ya..

Dalam cuaca yang macam ni, makan apa sedap ya? Saya pula bila asyik bukak peti ais, ternampak satu pack strawberry merah menyala. Hmm.. kejap lagi jadi mangsa la kau ya!!


Maka, kita buat strawberry coklat sebagai dessert..


Strawberry Coklat Masam Manis Dessert Kegemaran


First buat dessert ni masa heboh Dato' Siti nak kahwin dulu? Ingat tak? Kan dia suka strawberry coklat. Bila dah cuba, sedap pula. Masam-masam manis gitu!

 

Nak buat senang je. Cari strawberry, kat Aeon banyak. Segar-segar pulak tu. Tapi mahal sikit la harganya..


Mulanya hiris ikut suka. Tak nak hiris pun tak kisah. Tekak sendiri yang nak makan kan? Lepas tu korang cari atau buat sendiri sos coklat tu. Kalau ada coklat bar kat rumah, panaskan sampai cair kemudian tuang atas strawberry tu. 2 minit siap. Haha..🤩🤩


Saya pula guna chocolate syrup yang siap-siap beli kat kedai. Macam gambar ni..


Hmmm... segarnya rasa bila makan dessert ni. Hilang mengantuk tau.. sesiapa nak cuba, dipersilakan. Senang sangat kan?? Sebelum makan simpan dalam peti ais dulu. Dah sejuk baru makan. Memang tak hingat dunia bila dah dapat. Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.