Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

7 Doa Pembuka Pintu Rezeki

7 Doa Pembuka Pintu Rezeki. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Ada direzekikan dengan anak yang ramai, ada rezekinya dalam bentuk kekayaan wang ringgit. Ada juga yang dimurahkan rezeki dengan adik beradik yang penyayang dan bahagia. Semua orang diberikan rezeki yang cukup mengikut keperluan hidup masing-masing. Bersyukurlah jika diberikan rezeki nescaya Allah gandakan lagi rezeki kita dari pelbagai sudut.

Untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah, dan berkat.. kenalah usaha dan berdoa. Doa pula kenalah minta betul-betul apa yang kita amat perlukan. Cerita satu persatu kepada Allah, terutamanya pada 1/3 malam tersebut. Iaitu waktu paling mustajab Allah mendengar permohonan dan rintihan kita. Tiada doa yang tidak dimakbulkan jika kita meminta pada waktu sepertiga malam.

7 Doa Pembuka Pintu Rezeki


Daripada FB #Datin Shahida D'Herbs, saya kongsikan 7 doa pembuka pintu rezeki. Jom amalkan.

7 Doa Pembuka Pintu Rezeki

7 doa pembuka pintu rezeki adalah:

1. La hawlawala quwwata illa billah hil 'aliyyul 'adziim - maksudnya tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT semata-mata

2. La ilaha illallahul malikul haqqul mubin - tiada Tuhan selain Allah Raja yang benar dan nyata

3. Subhanallah wabihamdihii subhanallahil adzim - Maha suci Allah dengan segala puji baginya, Maha Suci Allah yang Maha Agung

4. Sallallahu ala Muhammad Sallallahu alaihi wasalam - semoga Allah memberikan rahmat kepada Muhammad SAW. Semoga Allah memberikan selawat dan salam kepadanya

5. Astaghfirullah hal adzim - Aku memohon ampun kepada Allah SWT yang Maha Agung

6. Membaca surah al ikhlas - sekurang-kurangnya 3 kali selepas solat

7. Membaca surah al waqi'ah - baca setiap pagi sebelum mula mencari 

Semoga amalan dan doa pembuka pintu rezeki yang dikongsikan dapat memberikan manfaat yang besar kepada kita semua terutamanya dalam meningkatkan lagi taraf hidup kita sebagai seorang muslim.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close