Header Ads

Late Nite Dinner Di Restoran Satay Wak Radol Skudai


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Late Nite Dinner Di Restoran Satay Wak Radol Skudai
Late Nite Dinner Di Restoran Satay Wak Radol Skudai. Singgah makan malam yang dah lewat ke pukul 12 tengah malam, kami teringin nak makan satay la pulak. Kat tepi highway Pontian, ada restoran satay wak radol. Then, singgah dan order.

Antara menu kami adalah nasi goreng USA untuk 2 orang, satay 40 cucuk, nasi ayam dan nasi ayam goreng. Mungkin sebab dah lewat, air yang kami order agak tawar dan jus epal tak terasa macam epal pun.. haha, mugkin tak ada rezeki kami malam tu nak dapat makan yang sempurna..


Late Nite Dinner Di Restoran Satay Wak Radol Skudai


Apa yang kita orang order? Mestilah satay wak radol.. campur-campur kambing, lembu dan ayam.

Late Nite Dinner Di Restoran Satay Wak Radol Skudai

Satay campur beli dekat 40 cucuk. Hmm.. rasanya ok tak? Kalau bagi penggemar satay dan dah biasa makan satay di merata tempat, kami boleh kata bahawa rasa satay di sini biasa je, tak kick orang kata.. daging dan kambing agak liat, dan perapan bahan agak kurang rasanya.. terpulang pada pengalaman masing-masing sebenarnya..


Selain itu, saya dan anak yang bongsu order nasi ayam (fikir senang nak buat) dan nasi goreng ayam. Sebab dah dekat pukul 12 malam.. maka order yang simple je..


Nasi ayam goreng ni sedap la berbanding nasi ayam saya tu.. hehe.. tapi sebab perut dah lapar, kita habiskan jugak. 

Namun, jika anda nak cuba boleh je pergi. Sebab rezeki orang berbeza-beza. 

Sekadar perkongsian santai. Okay ๐Ÿ‘Œ

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.