Kalau anda buat air rebusan lemon dan halia tapi tak turun jugak berat badan, jangan salahkan air ya. Yang bersalah adalah kita kerana tak nak berkorban sikit demi kesihatan tubuh yang diidamkan. Jagalah pemakanan jugak. Jangan asyik nak ikut nafsu, ok!

Hanya Rebus Lemon Dan Halia Turunkan Berat Badan Cara Murah!
Macam mana nak buat air lemon dengan halia sebagai supplement semulajadi ya? Senang aje..
Cara-caranya:
1. 4 biji lemon
2. 4 inci halia
Hiris semua lemon dan halia. Rebus dengan 3 liter air hingga mendidih. Hingga air bertukar warna kekuningan.
Toskan. Biar sejuk. Letak dalam peti ais pun boleh. Minum bila rasa nak minum. Buat macam minuman harian.
Bila stok minuman tersebut dah habis, buat lagi dan ulangi proses yang sama.

Lepas tu jaga makan, dan buat asas senaman seperti jogging dan main/ kayuh basikal.
Makanan tu, kurangkan yang berminyak, kurangkan gula dan nasi. Ganti dengan makanan yang seimbang yang lain yang sesuai dengan tubuh dan aktiviti harian anda.
Selamat mencuba.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.