Header Ads

Makan Malam Di Restoran D'Kelapa, Tampoi


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Makan Malam Di Restoran D'Kelapa, Tampoi
Makan Malam Di Restoran D'Kelapa, Tampoi. Dinner kami malam ini jalan jauh sikit sampai sanggup merempuh jem yang agak teruk sebab bumi lepas dibasahi hujan petang tadi. So, jalan agak basah dan ramai yang memandu perlahan. Setelah menyusuri depan plaza Angsana, kami ternampak restoran yang agak damai bernama D'Kelapa. Ramai yang sedang menjamu selera, jadi kami fikir restoran ini samada murah atau sedap masakannya.


Memang itu je sebab sesebuah restoran ramai pelanggan, kan??

Wajah restoran D'Kelapa. Kat depan restoran ni ada pokok kelapa dan kami duduk di bawahnya. Hihi..

Makan Malam Di Restoran D'Kelapa, Tampoi

Deretan air yang kami order. Ada lagi satu, teh tarik panas. Untuk si ayah. Tembikai tu pun untuk si ayah..

Makan Malam Di Restoran D'Kelapa, Tampoi

Makan Malam Di Restoran D'Kelapa, Tampoi


Ada banyak set hidangan yang boleh di pilih, dari serendah RM38, untuk 2 orang makan. Kami ambil set ke 4 dengan bajet RM65 untuk 4 orang makan, tidak termasuk air.


Untuk set ke 4, barisan menunya adalah siakap 3 rasa, kailan goreng ikan masin, butter prawn, daging masak merah, telur dadar dan tomyam campur. What do you think? Murah kan? No wonder ramai orang.. oh ya, termasuk nasi putih untuk 4 orang makan.



Setelah kenyang, alhamdulillah.. memang sedap makanannya. Siakap 3 rasa sedap, telur dadar lembut, sedap dan besar. Daging masak merahnya lembut dan secukup rasa..



Boleh dikatakan kami bagi 5 bintang la untuk makanannya. Air pun sedap dan gelas pun puas hati. Air batu tak kedekut. Carrot susu saya pun sedap. Jus apple anak saya pun mengancam. Teh ais dia pun kaww!! Dan jus tembikai dia awesome!

So, bagi yang nak cari port baru tempat makan murah dan sedap, cubalah datang di D'Kelapa, Tampoi. Sebaris dengan ElArabi Restaurant. Tak jauh dari Plaza Angsana dan Bangunan LHDN.

Selamat bersantai bersama keluarga..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.