Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Lepat Labu Yang Lembut Dan Sedap

Resepi Lepat Labu Yang Lembut Dan Sedap. Labu sedap rasanya. Lemak dan lembut. Halus je bila masuk dalam mulut. Buat bubur atau pengat labu pun sedap. Kali ini saya share lepat labu yang jadi salah satu makanan yang digemari juga. Lepat labu ni biasanya dapat ditemui pada majlis kenduri tahlil, perkahwinan dan sebagainya. Antara kuih tradisional yang masih diminati hingga kini. Nak cari susah tau, kalau ada jual pun agak mahal harganya..

Mari kita belajar buat lepat labu yang amat mudah, sedap dan lembut. Kalau nak makan boleh buat sendiri, betul tak?

Resepi Lepat Labu Yang Lembut Dan Sedap

Resepi Lepat Labu Yang Lembut Dan Sedap


Resepi Lepat Labu Yang Lembut Dan Sedap


Jom ikuti step by step cara buat lepat labu yang lembut, sedap dan lemak. Buat perlahan-lahan sampai jadi ya..


Bahan-bahan:

1/2 biji labu (rebus dan lecek)
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula merah
Daun pisang secukupnya - layurkan atas api

Cara menyediakan lepat labu yang amat sedap


1. Panaskan pengukus

2. Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati

3. Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1 sudu adunan labu di tengah-tengahnya secara memanjang. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah-tengahnya sebagai inti. Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan labu.

4. Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12X11 cm. Buat sehingga habis.

5. Kukus selama 1/2 jam atau sehingga lepat labu itu masak.

Selamat mencuba. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments