Header Ads

Jemput-Jemput Bawang Yang Rangup Dan Sedap


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Jemput-Jemput Bawang Yang Rangup Dan Sedap
Jemput-Jemput Bawang Yang Rangup Dan Sedap. Dah berapa kali buat jemput-jemput pun masih ada yang tak menjadi, kadang keras, kadang lembut.. ada masanya pula rangup dan ada ketika keras susah nak gigit. Haha.. redha je lah ta mak-mak semua. Jemput-jemput ni macam makanan mesti tahu buat untuk kita ya ibu-ibu sekalian. Anytime, anak-anak mintak masak, di hujung jari je.


Ada ke yang tak pandai buat jemput-jemput bawang dan sebagainya? Bukan tak pandai ya, mungkin hasil kejadian jemput-jemput tu tak seperti di gambarkan oleh fikiran kut.. haha

Jemput-Jemput Bawang Yang Rangup Dan Sedap


Saya penggemar jemput-jemput. Samada yang ada sayur, kosong je, yang manis atau sekadar jemput-jemput bawang. Semua saya suka.

Gambar berkaitan Jemput-Jemput Bawang Yang Rangup Dan Sedap

Gambar Jemput-Jemput Bawang Yang Rangup Dan Sedap

So, saya nak share cara buat jemput-jemput bawang style saya la ya..


Bahan-bahan:

1 biji bawàng besar - hiris kasar
1 mangkuk tepung gandum - anggaran 1/2 bungkus tepung gandum
Air garam secukupnya
1 cawan air panas
2 tangkai cili hijau, kalau tak suka tak payah letak
Minyak untuk menggoreng

Cara buat jemput-jemput bawang yang rangup


1. Bawang, cili hidup dan tepung gandum gaul rata

2. Masukkan air panas dan gaul perlahan

3. Masukkan pula air garam sedikit demi sedikit dan bancuh adunan tadi dalam keadaan cair. Bukan cair sangat macam nak buat lempeng ya, sederhana je..

4. Goreng gaya bebas dalam minyak terendam. Boleh guna sudu atau tangan..

5. Angkat bila warna jemput-jemput telah kekuningan

6. Siap untuk dihidangkan dengan sos cili atau sambal kicap

Selamat mencuba. Insya Allah, dengan adunan dan kecairan yang betul, jemput-jemput bawang anda akan rangup tetapi lembut bila dikunyah. Bukannya rangup keras ya, dia akan jadi rangup lembut. Hehe.. banyak kali dah saya cuba..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.