Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenali Jenis-Jenis Kurma

Kenali Jenis-Jenis Kurma. Buah kurma senang nak dapat biasanya dalan bulan ramadhan. Pada bulan lain ada juga tetapi kurang pilihan dan harganya pun boleh tahan mahal. Tetapi bila tiba bulan ramadhan, kebanyakan kedai atau shopping complex akan menjual buah kurma dari pelbagai jenis, bentuk, warna dan rasa. Buah kurma warna hijau segar dengan tangkainya sekali pun ada. Cuma, kita sendiri pilih nak beli yang mana satu. Terpulanglah.

Buah kurma merupakan sumber serat paling sempurna kepada tubuh kita. Sebab itu Nabi SAW berkata bersahur dengan buah kurma dan air masak pun dah mencukupi untuk tubuh kita. "Bersahurlah, kerana ada keberkatan di dalamnya."


Gambar Kenali Jenis-Jenis Kurma


Kenali Jenis-Jenis Kurma


Kepada penggemar buah kurma, marilah kita belajar kenali buah kurma, rasanya, bentuknya dan lain-lain lagi.

Gambar Kenali Jenis-Jenis Kurma

Ada beberapa jenis kurma, gambar rujuk di atas;

1. Kurma Ajwah
2. Kurma Mabroom
3. Kurma Sukkari
4. Kurma Anbar
5. Kurma Suqa'i
6. Kurma Medjool
7. Kurma Rabee'ah
8. Kurma Safawi
9. Kurma Shishi
10. Kurma Shalabi
11. Kurma Barni

Dua hari lepas cari kurma Ajwah tak dapat, En suami beli je kurma Medjool. Itu pun dah sedap dan juicy. Tapi harganya pun boleh tahan jugak. Kurma Medjool besar-besar saiznya, keras sikit di luar tetapi juicy di dalam. Rasanya manis, tetapi sesedap rasa.

Tapi kita orang tetap akan cari juga kurma Ajwah tu, sebagai memenuhi selera dalam bulan puasa, maksudnya nak memanfaatkan bulan ramadhan dengan makan atau rasa buah kurma yang jarang ditemui pada bulan-bulan yang lain. 

Kita orang beli sikit-sikit je, tahan untuk seminggu kemudian beli lain. Supaya dapat buah kurma yang fresh.  

Kami pun tak simpan buah kurma dalam peti sejuk sebab nanti buah kurma jadi keras dan kurang sedap rasanya. Tapi, terpulang pada cara masing-masing nak simpan macam mana, ya tak?

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close