Baiklah. Taknak lah sedih-sedih kan, tahun depan ada rezeki dan kesempatan kita boleh jumpa..
Nah layan gambar menu kami malam ini, Buncis goreng dengan udang galah bersos. Resepinya ada di bawah..


Dinner Dengan Buncis Goreng Udang Galah Bersos
Bahan-bahan:
10 ekor udang galah, bersihkan
1 paket kacang buncis - hiris ikut saiz disukai
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili padi - hiris
2 sudu makan sos cili Life
Garam dan gula secukupnya



Cara-cara buat buncis goreng dengan udang galah bersos
1. Tumis bahan-bahan hiris sebentar sebelum masukkan kacang buncis. Tumis hingga layu sedikit. Kemudian masukkan udang galah. Biarkan hingga udang masak
2. Masukkan sos dan kacau rata.
3. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Sayur kacang buncis dengan udang galah bersos siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
Sayur dan lauk pauk boleh dipelbagaikan dengan masakan yang minima asalkan pandai mengolahnya menjadi lebih sedap.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.