Header Ads

Lirik Lagu Satukan Rasa Khai Bahar & Siti Nordiana


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Lirik Lagu Satukan Rasa Khai Bahar & Siti Nordiana
Lirik Lagu Satukan Rasa Khai Bahar & Nana. Fenomena drama Satukan Rasa membawa kepada pencarian lirik lagu dengan tajuk yang sama untuk saya coretkan dalam blog kecil ini. Saya merasakan lagu Satukan Rasa adalah lagu penuh maksud mendalam yang tak semua orang mudah nak memahami maksudnya. Lagu yang penuh pengharapan dan doa kepada sang Pencipta. Yang menciptakan rasa suci namun rasa itu tersimpan sebelum tiba masanya untuk di luahkan.

Lagu Satukan Rasa adalah duet gandingan Khai Bahar dan Siti Nordiana.

Lirik Lagu Satukan Rasa Khai Bahar & Siti Nordiana

Kita tengok sikit info tentang penyanyinya Khai Bahar dan Siti Nordiana. Muhammad Khairul bin Baharuddin (dilahirkan pada 28 Februari 1994) atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang penyanyi lelaki dari Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule daripada peminat beliau.

Siti Nordiana binti Alias(lahir 22 November 1984) atau lebih dikenali sebagai Nana, adalah penyanyi wanita Malaysia, berasal dari Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Berdarah kacukan Melayu-Minang. Nama beliau kembali meningkat naik selepas menyertai dan menjuarai Gegar Vaganza musim ke-Beliau digelar "The Finesse Queen of Leman" oleh blogger tempatan. - sumber wikipedia

Lirik Lagu Satukan Rasa Khai Bahar & Siti Nordiana


Nah! Jom kita hayati liriknya seperti di bawah ini. Meenurut kata penulis lirik ini, lagu Satukan Rasa adalah inspirasi dari kisah cinta Sayyidina Ali Dan Fatimah Azzahra anak Rasulullah SAW.

Satukan Rasa


Lamaku Simpan perasaan ini
Tanpa Terduga rasa cinta hadir
Puas menafi bisikan di hati
Namun Tak terdaya
Tuk Menghalang rindu

Aku, Pendam rasa
Dan Angan Menjadi teman
Engkau Ingin ku miliki
Namun Aku tidak mampu
Untuk Memiliki cinta
Insan mulia sepertimu

Dikaulah Bidadari
Temani Tiap mimpi
Diriku Diselubung rindu

Rasa Penuh prasangka
Dia Penguat jiwa
Kita pinta takdirnya
Pergilah Sepi

Bulan Bisik padanya
Benar Ku cinta dia
Kau Hidupkanlah

Satukan rasa....

Lagu: Kanda & Dinda
Lirik: Rudy Imran

Dah lihat liriknya? Apa pendapat anda? Umpama pendam perasaan sampailah tiba waktu sesuai, baru declare. Tak perlu couple semua, kalau suka seseorang.. lelaki dan perempuan, doa dan luahkan bila telah jadi pasangan halal. Betul tak?

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.