Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Teruskanlah Taubat-Taubatmu Kerana Allah Maha Pengampun

Teruskanlah Taubat-Taubatmu Kerana Allah Maha Pengampun. Dalam kehidupan ini, kita tak pernah lari dari buat silap samada yang kita sedar atau tidak. Dalam sehari, entah berapa kali kita khilaf, terkhilaf dan berdosa.. hanya kita sedar itu, dan tentu Allah Maha Tahu yang nyata dan yang tersembunyi. Hanya kerana, terlalu banyak aib-aib kita yang Allah sembunyikan.

Lalu, tidak bersyukurkah kamu bila mana cela dan noda yang terjadi, Allah sembunyikan daripada terbongkar. Jadi, usaha hindari dosa dan mungkar dalam perjalanan seharian kita, kerana kasih sayang dan rahmat Allah dah terlalu banyak diberikan, tanda DIA sayangkan kita.


Teruskanlah Taubat-Taubatmu Kerana Allah Maha Pengampun


Maka, teruskanlah bertaubat.. di setiap kesempatan yang ada. Dalam celahan kesibukan mengharungi duniawi, jangan pernah tinggalkan penyesalan dan taubatmu. Kerana apa? Kerana Allah Maha Pengampun. Walau dosa-dosa kita ni seluas lautan. Sebanyak buih di lautan.. jangan henti memohon ampunan dan bertaubat.

Teruskanlah Taubat-Taubatmu Kerana Allah Maha Pengampun

TERUSKANLAH TAUBAT TAUBATMU KERANA ALLAH MAHA PENGAMPUN

Firman Allah SWT :

إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِیعُ ٱلۡعِقَابِ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورࣱ رَّحِیمࣱ

[Surat Al-A'raf 167]

‎Terjemahan :

"Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Seksaan atas dosa-dosa boleh jadi dibalas di dunia lagi dan lagi seksa dibalas di dunia dan akhirat. Maka, jadilah kita golongan yang bertaubat dan mengambil iktibar atas balasan yang Allah dah tunjukkan dari atas muka bumi lagi.

Jika ada yang menasihati, ambil semua sebagai satu tanda yang Allah telah hadirkan peluang melalui orang lain. Orang yang baik-baik.

Jangan degil dan ego, kononnya si polan dan si polan itu tak layak menasihati kamu. Ketahuilah bahawa, ajaran dan nasihat yang baik-baik dari orang yang tidak maksum macam kita semua sebenarnya harus diikuti. Dengarkan apa yang dikata dan bukan lihat orangnya.. faham kan?

Marilah sama-sama kita bertaubat, kalau boleh setiap hari melakukan solat sunat taubat walau dalam kesempatan yang terhad.

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close