Header Ads

Resepi Karipap Inti Kentang Dengan Daging Simple Dan Gerenti Sedap


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Karipap Inti Kentang Dengan Daging Simple Dan Gerenti Sedap
Resepi Karipap Inti Kentang Dan Daging Simple Dan Sedap. Siapa lah yang tak suka karipap. Sekarang ni nak makan karipap bila-bila masa boleh je, tak kira untuk sarapan, minum petang dan sebagainya. Kalau tak ada jual kat kedai, beli yang segera dan goreng sendiri. Hehe..


Resepi Karipap Inti Kentang Dengan Daging Simple Dan Gerenti Sedap

Cer korang tengok gambar yang saya share ni, kulit karipap letup-letup nama dia. Haha.. saya suka yang macam ni. Kalau yang licin dan flawless sangat tak berapa suka.. haha, macam tak ada feel karipap tu..

Resepi Karipap Inti Kentang Dengan Daging Simple Dan Gerenti Sedap

Resepi Karipap Inti Kentang Simple Dan Sedap


Jomlah kita cuba buat karipap inti kentang dan daging ni yang begitu nampak susah tapi senang sebenanrnya. Yang part paling susah tentulah nak kelim tepi kulit karipap tu.

Bahan-bahan:

Inti karipap:


3 sudu besar serbuk kari
Cili (dikisar)*
Kentang (dipotong dadu, direbus sehingga empuk dan ditapis)
2 labu bawang besar (dipotong dadu)*
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)*
Daun sup (dipotong halus)
Daging (dipotong kecil – kecil) , jika suka nak tambah intinya

Bahan-bahan buat kulit karipap:


1 kg tepung
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar air kapur ( tak letak pun tak apa)
Air sejuk


Cara Buat Karipap Inti Kentang Dengan Daging Yang Mudah



Cara Masak Inti Karipap:


1. Tumiskan bahan bertanda (*) sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dilarutkan didalam air sedikit.
3. Apabila sudah wangi, masukkan daging sehingga empuk.
4. Masukkan kentang dan gaul rata.
5. Letakkan garam dan serbuk perasa. Masukkan daun sup. Settle. Sejukkan seketika sebelum di masukkan dalam kulit karipap.

Buat kulit karipap:


1. Panaskan minyak masak bersama marjerin. Gaulkan didalam tepung menggunakan sudip.

2. Larutkan garam halus bersama sejuk dan masukkan kedalam adunan.
3. Masukkan air kapur dan gaul sehingga rata.
4. Masukkan air sejuk dari peti ais sehingga menjadi doh.
5. Rehatkan sebentar dan bolehlah mencanai. Masukkan inti dan goreng. Siap!
Haa.. dah tengok prosesnya. Yang panjang prosesnya adalah nak uli tepung jadi doh kemudian jadi kulit karipap yang disukai ramai. Tak serap minyak sangat dan rangup dan tak liat. Haha.. banyak betul syaratnya nak kulit karipap yang ada ISO.

Hehe.. selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.