Header Ads

Fadhilat Surah al Waqiah Surah Kekayaan Dalam Kehidupan Seharian


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Fadhilat Surah al Waqiah Surah Kekayaan Dalam Kehidupan Seharian
Fadhilat Surah al Waqiah Dalam Kehidupan Seharian. Bacalah al Quran setiap hari walau sebaris ayat. Membaca al Quran boleh menenangkan dan menerangkan hati, menyinarkan kegelapan hidup membawa cahaya di wajah pengamalnya. Al Quran adalah peneman kita di alam barzakh, yang akan melindungi kita dari fitnah kubur. Wallahu'alam.

Dalam coretan kali ini, saya nak share sikit pasal fadhilat ayat al Quran dari surah al Waqiah.

Fadhilat Surah al Waqiah Surah Kekayaan Dalam Kehidupan Seharian

Kita biasa dengar orang amalkan bacaan surah al Waqiah untuk murah rezeki dari pelbagai sudut. Jadi, apa lagi fadhilat surah al Waqiah yang kita belum kenal dan tahu yang mungkin dengan mengamalkannya kita peroleh manfaat yang berganda.


Fadhilat Surah al Waqiah Dalam Kehidupan Seharian


Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.


Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat, antara lain:

1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas Solat Subuh dan 3 kali selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  1. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  2. Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  3. Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  4. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  5. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  6. Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.

7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Itulah antara fadhilat surah al Waqiah yang saya kongsikan dari blog Shafiqolbu. Untuk bacaan selanjutnya, bolehlah layari blog tersebut.

Al Waqiah Surah Kekayaan


1. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

2. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

3. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

4. Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.