Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Ilmu Tidak Akan Hadir Kepada Orang Yang Suka Melakukan Maksiat

Ilmu Tidak Akan Hadir Kepada Orang Yang Melakukan Maksiat. Hentikan lah melakukan maksiat kerana setiap titik maksiat yang kau lakukan, ia menggelapkan hati dan wajah. Orang yang sering melakukan maksiat wajahnya nampak kusam, tidak bercahaya. Kita hidup di atas muka bumi ini bukan selamanya. Dan kita pun tak tahu bilakah ajal kan menjemput tiba. Jangan fikir kemudian nanti nak bertaubat hingga rasa seronok dan bangga melakukan maksiat samada terang-terangan ataupun bersembunyi. Kerana.. di ceruk mana pun kamu melakukan kemungkaran, balasan Allah tidak akan terlepas daripadamu.

Ilmu tidak akan hadir kepada orang yang melakukan maksiat

Takutlah akan pembalasan dan azab Allah kepada mereka yang melakukan maksiat yang telah dijanjikan di dalam kitab al Quran. 

Ilmu Tidak Akan Hadir Kepada Orang Yang Melakukan Maksiat


Marilah sama-sama kita renungkan satu perbualan antara Imam Syafie dengan gurunya. Renungan kata yang amat dalam maksudnya dan semoga dijadikan teladan dan panduan kepada kita semua.

Suatu hari Imam as-syafie mengadu dengan tok gurunya; Waki’ bin al-Jarrah berkenaan masalah ingatan yang lemah kemudian telah dinasihatkan oleh gurunya agar meninggalkan maksiat.

Diterangkan lagi bahawa sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya ini tidak akan hadir pada mereka yang melakukan maksiat. 

Sehingga Imam as-Syafie bersyair:

 شكَوْتُ إِلَى وَقِعٍ سُوْءَ حِفْظى فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى 

Aku telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku, Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat, Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya, Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat. 

Sumber Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments