Header Ads

Belanja Barang Dapur Seminggu Sekali Lebih Menjimatkan, Betul Ke?


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Belanja Barang Dapur Seminggu Sekali Lebih Menjimatkan, Betul Ke?
Belanja Barang Dapur Seminggu Sekali Lebih Menjimatkan, Betul Ke? Maksudnya jangan hari-hari beli barang dapur, seperti ikan, ayam, sayur-sayuran, bawang, minyak dan sebagainya. Pilih barang dapur samada basah atau kering, yang sesuai disimpan untuk stok seminggu. Itu baru namanya jimat. Setuju tak?


Ada sesetengah sayur dan barang dapur basah tak tahan lama. Maka, anda masaklah sayur tersebut pada hari pertama atau ke 2 beli. Jadi tak membazir.

Sayur yang tahan lama seperti buncis, kacang panjang atau kobis, boleh di masak pada hari ke 4 dan seterusnya dalam minggu tersebut.

Belanja Barang Dapur Seminggu Sekali Habis RM128, Jimat Ke?


Semalam hari sabtu, memang hari saya membeli barang dapur basah dan kering untuk stok seminggu. Habis lebih kurang RM128.

Apa yang saya beli untuk seminggu?

1. 1 ekor ayam potong 16
2. 4 ekor ikan kembung hijau
3. 1 ekor ikan siakap
4. 3 kotak santan
5. Sayur bayam 1 ikat
6. Kacang buncis 1 bungkus
7. Air buah 2 kotak besar
8. Bawang besar 1 guni kecil
9. Cili padi 1 bungkus
10. Biskut tawar 2 jenis
11. Maggie 1 bungkus - 5 pek
12. Sardin 1 tin
13. Halia 6 ketul
14. Upah ais krim 1 bekas - untuk si bujang kecil
15. Keledek oren 6 ketul
16. Nugget tempura
17. Karipap segera

Jom layan pic barang basah yang kami beli, macam ni boleh tahan seminggu, dengan stok udang harimau yang masih berbaki lagi, dalam 20 ekor. Hmm.. nak masak apa pun tak pasti lagi.

Beli barang dapur seminggu sekali



Amacam? Itu memang barang-barang saya belanja seminggu sekali kecuali santan kotak. Saya hanya masak bersantan 2 atau 3 kali dalam sebulan. 

Kalau sayur bayam, saya akan masak awal sebab mudah layu. Kacang buncis tahan lama, saya akan masak pada hari ke 5 dalam seminggu. Ayam pula saya boleh masak sup jika hari tak ada sayur hendak di masak. Kena kreatif beb... 

Kalau macam nugget dengan karipap segera, itu adalah untuk persediaan sarapan emergency jika tak sempat buat nasi goreng dan sebagainya untuk breakfast.

Kalau stok udang, saya akan tunggu suami memancing, dapat 2 kilo boleh tahan 2 minggu. Itu pun jimat jugak.. 

So, bagi saya membeli barang dapur samada basah atau bahan kering seminggu sekali memang agak menjimatkan, dan ada kala barang yang dibeli dalam seminggu pun boleh jadi jimat hingga 2 minggu jika memasak dalam portion yang sedikit. 

Sebagai isteri yang bekerja, banyak benda kena plan lebih awal supaya semua perkara dapat dibuat dengan baik dan betul. 

Insya Allah.. semua urusan dipermudahkan.

1 comment:

  1. Wak pun biasanya beli barang2 keperluan seminggu sekali.
    Biasanya pegi pasar minggu aje

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.