Header Ads

Kuih Gunting Legend Resepi Mak Kita Dulu-Dulu


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Kuih Gunting Legend Resepi Mak Kita Dulu-Dulu
Kuih Gunting Legend Resepi Mak Kita Dulu-Dulu. Banyak versi sebenarnya nak buat kuih gunting ni. Memang legend kuih ni, makannya pun tak boleh berenti. Tak caya cuba, sedap dan rangup tetapi lembut. Tak keras gituuu.. 😅😅 

Dari bebanyak versi resepi kuih gunting, saya prefer resepi yang diolah oleh pembaca FB dari group MAHN.. mehlah kita cuba ramai-ramai.

Kuih Gunting Legend Resepi Mak Kita Dulu-Dulu

Resepi Kuih Gunting Legend


Kuih gunting lejen. Kepada sesiapa nak share resepi dipersilakan, sebab saya pun panjangkan perkongsian resepi ni dari FB.  Moga rezeki bertambah-tambah.. 

Bahan-bahan:

1 kg tepung
250 gm margarine 
3 sudu udang kering
2 sudu rempah kari
I bungkus serbuk santan
2 sudu cili blend (saya suka pedas ) 
Minyak sedikit
Garam & ajinomoto
Air sejuk dari petisejuk
Daun kari

# saya tak letak telur, supaya ketika mengoreng takde buih-buih di lautan minyak..


Cara buat kuih gunting legènd


1. Panaskan margarine  bersama minyak sekejap, ketepikan. 

2. Blend udang kering + serbuk kari + serbuk santan + cili blend + garam + aji. Letak sedikit air jer ye😁

3. Ambil 3 tangkai daun kari, hiris halus-halus, masukkan ke dalam tepung, gaul rata. 
4. Masukkan margarine tadi, gaulkan, ramas hingga menjadi maacam serbuk roti. 

5. Setelah rata, masukkan air sedikit demi sedikit, uli doh hingga tak lekat ditangan. 

KREDIT RESEPI : Norhaiza Razali

Bila dah siap, bolehlah masukkan dalam bekas kedap udara. Boleh dimakan bila-bila masa je, kalau habis buat lagi. Haha.. sebab sure sedap, dan jadi snek kegemaran keluarga.


Kalau korang rajin, boleh je komersialkan kuih gunting ni dan jual kat stesen minyak yang nak tolong, hehe.. senang eden nak beli. Nak buat sendiri malas..

Selamat mencuba resepi kuih gunting legend..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.