Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Udang Galah Masak Masam Manis Paling Sedap

Resepi Udang Galah Masak Masam Manis Paling Sedap. Lagi resepi berasaskan udang galah yang saya nak share sebab encik suami dapat banyak udang galah waktu mancing kat kolam tempohari. Banyak resepi yang saya dah try dengan udang galah tersebut dan kali ini jom kita cuba masak udang galah masam manis. Sedap ke idok?? Isi udang galah masak sweet sour..

Resepi Udang Galah Masak Masam Manis Paling Sedap

Oleh kerana saiz udang galah kali ni agak comel-comel, maka saya masak semua udang galah yang ada, lebih kurang 50 ekor!! Macam banyak sebab campur sepit dan kulit udang sekali tetapi bila telah ditanggalkan segala sepit dan kulit udang, dapatlah seciput je. Jangan tertipu ya..

Resepi Udang Galah Masak Masam Manis Paling Sedap


Kita masak yang simple-simple je, supaya semua orang boleh mencuba resepi saya ini. Caranya amatlah muda.

Bahan-bahan;

1 kg Udang galah - bersihkan, ambil isi saja
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
5 tangkai cili padi - hiris
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Gula dan garam secukupnya

Cara memasaknya:

1. Tumis semua bahan dihiris tadi, masukkan serai, dan tumis hingga naik bau

2. Masukkan udang galah dan biarkan hingga udang masak. Masukkan asam keping. Gaul rata.

3. Kemudian, masukkan sos cili dan sos tomato, gaul rata

4. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka.

5. Matikan api, dan udang masam manis anda sedia,untuk di makan.



Nak makan dengan apa? Makan dengan nasi putih je pun boleh. Isi udang galah yang kenyal memang sedap dengan rasa masam manis dimakan nasi yang panas.

Kalau nak cuba masak dengan sepit udang sekali pun boleh tapi budak-budak susah nak makan. Macam membazir pula nanti..

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close