Header Ads

Beli Buah Kundang Madu Di R&R Pagoh


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Beli Buah Kundang Madu Di R&R Pagoh
Beli Buah Kundang Madu di R&R Pagoh. Orang kata nak makan buah-buahan tempatan yang rare dan menggamit kenangan masa kecil, boleh cuba cari kat R&R. Buah apa je yang tak ada? Buah nona, ciku, asam gelugor yang masih dalam kulit dia tu (sedapnya), buah kedondong, pelam dari berbagai nama.. semua ada. Memang pelik la, mana dia orang dapat semua buah-buah yang dah jarang ditemui ni ya?

Saya pula teringin nak makan buah kundang yang warna oren tu. Masa kecil dulu makan bawah pokok, petik terus masuk mulut. Memang menggamit memori betul..

Minggu lepas ada orang up kat FB tentang kundang madu oren tu, tapi bila nak delivery, dia orang tak covver kawasan Skudai tempat tinggal saya. Alamat tak dapat merasa lah.. tak ada rezeki namanya.. kan...


Beli Buah Kundang Madu di R&R Pagoh


Beli Buah Kundang Madu di R&R Pagoh

Rupanya saya nak jumpa kundang oren ni di satu tempat yang lain. Inilah dah rezeki namanya. Kami on the way nak ambil bujang comel manja kami di MRSM Merbok. Dalam hati terfikir, mana nak dapat kundang madu yang tak dapat order online hari tu? Rupanya ada terjual di R&R Pagoh. Alhamdulillah...

Beli Buah Kundang Madu di R&R Pagoh

Alhamdulillah. Ada sikit baki yang belum terjual kat satu kiosk ni. Sekilo harga RM44 katanya. Dapatlah saya beli 1/2 kilo anggaran harga RM20. Saya kata nak terus makan, terus dia basuhkan semua buah kundang tu untuk saya. Tezzrima kasih mak cik..


Kemudian sempat capai jambu batu dan jambu air. Hmm.. jambu air tu memang manis bak hang! Rangup, manis dan cantik je buah dia.. tak lembik atau busuk. Jambu batu tu kesukaan anak saya si bongsu ni.. kalau abang dia tak berapa suka..



Begitulah la al kisah kami turun Kedah semata-mata nak ambil anak bujang kecil kami yang baru sebulan di MRSM Merbok. Nak suruh naik bas tak sampai hati pulak. Tapi tak apa kita bagi chance, nanti dah pandai bolehlah naik bas, train atau kapal terbang. Belajar berdikari pada seawal usia 13 tahun ya nak.. sama seperti abangnya dulu.

Semoga bermanfaat.

2 comments:

  1. harga dia memang sangat lah wow. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mwmang wow sangat, 1/2 kilo pun tak sampai 10 biji.. hehe

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.