Header Ads

Jom Sarapan Dengan Jemput-Jemput Kentang Dan Secawan Kopi


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Jom Sarapan Dengan Jemput-Jemput Kentang Dan Secawan Kopi
Jom Sarapan Dengan Jemput-Jemput Kentang Dan Secawan Kopi. Sarapan itu penting, ingat ya kekawan. Sebab apa ia penting, sebab kita nak gunakan tenaga dari seawal pagi hingga ke tengahari, jadi tubuh kita perlu bersedia secara fizikalnya juga. Kalau ikutkan jurulatih kesihatan, mengambil sarapan itu adalah satu kemestian!


Jom Sarapan Dengan Jemput-Jemput Kentang Dan Secawan Kopi

Sarapan apa pagi ni? Hehe.. saya sarapan simple je iaitu jemput-jemput kentang dengan secawan kopi. Suka simple je sebab hari ini saya hanya nak mengemas rumah dan membasuh kain baju yang dah berbakul tu..

Jom Sarapan Dengan Jemput-Jemput Kentang Dan Secawan Kopi


Jomlah kita breakfast. Tak tahu nak buat apa untuk breakfast? Ala.. tengok ada tepung, anda boleh pelbagaikan menu sarapan anda. Boleh buat lempeng, jemput-jemput, atau apa saja yang mudah yang anda teringin nak makan.


Kopi tu saya bancuh sepeket kopi Hang Tuah atas pemberian ikhlas dari pelanggan yang beli rumah kat office saya. Hubungan yang baik dengan pelanggan menghasilkan pelanggan yang gembira dengan khidmat kita. Begitulah...


Hmm.. sedap, nyaman dan tenang je dapat breakfast simple macam ni kat rumah dengan family tersayang. Manfaatkan masa yang ada selagi mereka ada.

Jom Sarapan Dengan Jemput-Jemput Kentang Dan Secawan Kopi

Sebenarnya mudah je nak buat jemput-jemput kentang tu. Potong kecil-kecil sebiji kentang dan bawang besar. Kemudian gaul dalam tepung. Banyak mana tepung ikut suka anda. Kemudian bancuh air garam dan gaul semua dalam satu mangkuk. Keadaan cair macam tepung nak buat lempeng. Kemudian goreng hingga kekuningan. Siap!

Insya Allah.. rangup je jemput-jemput kentang anda tu. Selamat mencuba.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.