Tak semua dari kita bisa menjadi wanita hebat. Kadang kita tak mampu pun untuk menyeka airmata di hadapan sesiapa sahaja. Itu tandanya hati wanita telah rapuh menelusuri onak berduri. Wanita itu sudah tak mampu bertahan lagi.
Namun, percayalah kuasa wanita untuk bangkit semula adalah tidak boleh dinafikan. Kebanyakan wanita menjadi hebat setelah melayari kegagalan berkali-kali. Dia percaya, Allah sentiasa ada saat dirinya memerlukan kekuatan.
Wanita Hebat Itu Bersabar Saat Tertekan
Wanita hebat itu bersabar saat tertekan. Tersenyum saat menangis. Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sebagai sumber kekuatan

Wanita hebat bukan kerana dia cantik
Wanita hebat bukan kerana dia kaya
Wanita hebat bukan kerana dia pintar
Wanita hebat bukan bukan berdiri lelaki kaya di sisinya
Tapi wanita hebat adalah..
Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
Mampu membalut luka di hati dengan sabar
Wanita hebat melukis kekuatan daripada proses kehidupan
Bersabar saat tertekan
Diam saat terhina
Tersenyum saat hati menangis
Wanita hebat itu mempersona kerana memaafkan
Mampu memadam amarah dengan istighfar
Dan menghapus dendam dengan maaf!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.