Sarapan Simple Dengan Biskut Tawar Dan Kopi Pekat
Adakah anda juga macam saya? Bila kerajaan arahkan RMO (Perintah Kawalan Pergerakan), kami makan apa yang ada kat rumah ni dulu. Habiskan beras 5 kg yang dah berbulan tak habis, telur sepapan yang entah dari bulan berapa belinya, terperuk dalam peti ais.
Inilah masanya kita perhabis apa yang masih ada kat rumah ni. Bukannya perintah berkurung 24 jam pun.. Don't panic buying ye kekawan..
Dan biskut tawar ni entah dari zaman bila. Nasib baik masih rangup lagi. Masih sedap dan berbau biskut. Iya lah, kalau bau tin biskut, dah expired namanya! So janganlah dimakan. Okay..
Dalam keadaan RMO janganlah panik dan membazir tak tentu pasal. Kita kena bertenang, ikut arahan kerajaan, berdoa dan tawakkal kepada Allah. Mohon dinyahkan segera Virus Corona dari muka bumi ini.
Okay lah, jaga diri dan keselamatan anda semua. Jangan lupa sarapan juga untuk tenaga di rumah. 😅😅😅
Post a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.