Header Ads

Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging
Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging. Sarapan apa pagi ni kekawan? Cuba tengok kat peti sejuk korang, apa yang ada? Saya pun tak pasti nak masak apa untuk breakfast sebab dah tepu otak memikirkannya. Kat bucu kabinet ada sebungkus mee hoon, maka terfikir nak buat mee hoon goreng. Dalam peti sejuk pun ada sayur, tomato, meat ball pun ada. Itu sudah bagus. So, kekdahnya kita buat mee hoon goreng dengan bebola daging ya. Tak pernah pulak buat mee hoon goreng dengan bebola daging, sebab kebiasaan dengan fish ball je. Tak pe, kita try okay. 

Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging

Tak sangka rupanya, mee hoon goreng terasa amat sedap bila dimasak dengan bebola daging berbanding dengan bebola ikan. My first time ni, memang lain rasanya. Nak try? Cubalah resepinya di bawah ya ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging


Bahan Bahan:

1 bungkus bihun @ mee hoon - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 bungkus kecil bebola daging - hiris nipis
1 mangkuk sawi - hiris
3 sudu besar cili kisar
1 biji tomato - hiris kasar
2 biji telur
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Bahan Hiasan:

Bawang goreng
Daun sup
Cili merah

Cara Masak Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging


1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar (cili boh) dan kacau rata. 

2. Masukkan bebola daging yang telah dihiris nipis tadi, dan kacau rata sehingga naik bau. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing. 

3. Setelah cili garing, masukkan sedikit air dan kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.

4. Setelah terbit minyak, masukkan telur dan sedikit air lagi untuk melembutkan mee hoon nanti.

5. Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

6. Akhir sekali, masukkan pula sayur sawi. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. 

7. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.


Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Dengan Bebola Daging


Tips:

1. Kenapa kena goreng bawang dulu sebelum masukkan cili kisar? Sebab, inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap dan harum.

Okay, selamat mencuba. Pagi anda sekeluarga pasti ceria dengan mee hoon goreng bebola daging yang amat sedap.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.