Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Agar Ditunjukkan Kebenaran Dijauhkan Kebatilan

Doa Untuk Ditunjukkan Kebenaran Dijauhkan Kebatilan. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, kita kerap dihidang dengan maklumat samada benar atau salah dengan begitu pantas. Tak perlu tunggu sejam dua, beberapa saat je info boleh sampai kepada kita. Sebagai orang berakal, kita tak seharusnya menerima bulat-bulat apa jua informasi dan jangan pula tanpa rasa bersalah menkongsikannya kepada rakan taulan. Entahkan benar atau sebaliknya, butang "share" ditekan dengan bangganya. Tak terfikirkah akan dosa pahala andainya apa yang anda kongsi itu tidak benar? 

Inilah yang dinamakan fitnah di hujung jari. Sesiapa saja boleh terjebak. Namun jika kita dalam golongan orang yang waras, beriman dan takutkan Allah... tentu kita akan memikirkan kesannya. Berhentilah jadi penyebar fitnah, sebaliknya sampaikan yang baik-baik kerana ia akan menjadi bekalan kita di akhirat nanti.

Saya yang menulis ni pun takut nak menukil sesuatu, ditakuti apa yang kita sampaikan jadi khilaf dan saya yang menanggung dosa hingga ke alam sana. Moga Allah pandu dan bantu saya dengan idea dan ilham yang baik-baik. Insya Allah.

Doa Untuk Ditunjukkan Kebenaran Dijauhkan Kebatilan


Sebaiknya kita, sebagai orang awam mesti memegang panduan ulamak sebagai rujukan.

Amalkan doa ini untuk kita dapat mengikuti kebenaran. 

Doa Agar Ditunjukkan Kebenaran Dijauhkan Kebatilan

Doa Tunjukkan yang Haq (kebenaran)


 Ø§Ù„لهُÙ…َّ Ø£َرِÙ†َا الحَÙ‚َّ Ø­َÙ‚ّاً ÙˆَارْزُÙ‚ْÙ†َا التِبَاعَØ©َ ÙˆَØ£َرِÙ†َا البَاطِÙ„َ بَاطِلاً ÙˆَارْزُÙ‚ْÙ†َا اجْتِÙ†َابَÙ‡ُ 

Doa agar ditunjukkan yang haq dalam rumi:

Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba’ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah.  

Maksudnya:

"Ya Allah, Tunjukilah kami kebenaran dan berikan kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukanlah kami kebatilan dan berikan kami jalan untuk menjauhinya."

Amalkan doa ini setiap selepas solat fardhu atau ketika kita hendak membuat keputusan segera samada dengan bos, kawan-kawan atau nak beli sesuatu barang.

Dengan sering berdoa seperti di atas, kita berharap untuk dijauhi dari mempercayai sesuatu yang tak betul dan ditunjukkan kebenaran.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close