Header Ads

Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam
Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam. Akhirnya saya dapat idea tulis entri ni yang paling sempoi dan senang nak buat bahan tambahan untuk menu nasi ayam. Nasi ayam tak perlu ajar kan? Semua dah tahu. Kita belajar yang khusus je iaitu cara nak buat kuah cili nasi ayam dan buat ayam goreng dia yang sedap, lembut, lemak manis dan berkilat. Kihkih.. kita belajar sama-sama okay..


✅  Nak buat nasi ayam?? ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Nasi Ayam Dengan Sos Cili Yang Sedap



Yang buat kilat tu madu lah.. letak satu sudu pun dah cukup. Orang kata nak sedap makan nasi ayam ni bergantung kepada keenakan ayamnya samada goreng, panggang atau ayam yang dikukus. 

Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam


Jom kita ikuti langkah-langkahnya yang amat mudah dan dengan bahan yang minima.

Cara Buat Ayam goreng lemak manis berkilat:


Untuk 10 ketul ayam potongan sederhana:

Nak buat ayam goreng kita sedap, ikutlah cara ini. Perapkan ayam dengan 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 2 sudu besar kicap manis, dan 1 sudu besar madu. 

Lepas tu goreng hingga keperangan dan potong ketika nak menghidang. Tapi jika dah buat saiz kecil, tak perlu potong pun tak apa. Terpulang..

Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam

Cara Buat Kuah Cili Untuk Nasi Ayam Paling Sedap;


Seterusnya nak buat kuah cili untuk nasi ayam. Orang panggil sos bawang putih. Kisar 5 tangkai cili kering (yang dah direbus terlebih dahulu), 1 ulas bawang putih, dan gula secukupnya. Tambahkan 1/2 sudu teh cuka dan 2 sudu besar sos cili. Kalau suka boleh perahkan sedikit jus limau kasturi.

Cara Buat Ayam Goreng Dan Kuah Cili Untuk Nasi Ayam

Okay dah, senang je kan. Faham dah cara nak buat ayam goreng untuk nasi ayam dengan kuah cili untuk nasi ayam. 

Mudah dan cepat. Semua orang boleh buat. Jom kita buat sekarang! ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.