Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Tubuh Dan Minda

Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Tubuh Dan Minda. Dah lama jugak saya tak makan buah delima. Selain susah nak dapat, kat tempat kita ni jarang orang jual buah delima berlambak-lambak kerana harganya yang agak mahal dan isi buahnya yang bukan semua orang boleh telan begitu saja. Secara fizikalnya buah delima isinya banyak berbiji dan sukar ditelan oleh kanak-kanak.

Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Tubuh Dan Minda

Oh ya, bercerita tentang buah delima, kami baru saja terima delivery buah-buah yang kami order termasuklah 2 biji buah delima Egypt yang saiznya agak besar. Setiap sebiji harganya RM10.00. Macam lebih mahal dari raja buah, iaitu buah durian, kan??? Tak mengapalah.. jika anda suka makan buah delima, sesekali beli apa salahnya.

Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Tubuh Dan Minda


Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Tubuh Dan Minda

So, bacalah khasiatnya buah delima di bawah yang saya rangkumkan daripada wikipedia, carian laman web khasiat buah dan daripada facebook juga. Moga bermanfaat.


Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Tubuh Dan Minda


Buah delima banyak khasiatnya ya kekawan. Dari kesihatan tubuh badan, minda, mata dan banyak lagi. Jom kita teliti apakah khaisatnya buah delima ni ya..

Kajian terbaharu juga mendapati, amalan mengambil sedikit jus delima pada setiap hari dapat meningkatkan kesihatan jantung.

Sila baca perkongsian selanjutnya tentang 'keajaiban' buah yang ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.

1. Rawat kanser prostat


Ujian terhadap 50 lelaki minum 205 gram jus delima setiap hari berjaya mengurangkan penggandaan ukuran perkembangan kanser prostat atau Prostate Specific Antigen (PSA) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kemoterapi atau terapi hormon.

2. Turunkan paras kolesterol


Kajian menunjukkan jus delima mengandungi dua hingga tiga kali ganda fungsi antioksida jika dibandingkan teh hijau.

3. Kurang tekanan darah tinggi


Saintis mendapati, kandungan antioksida yang tinggi secara semula jadi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

4. Cegah dan melambatkan penyakit Alzheimer


Dalam sebuah kajian, tikus dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengumpulkan plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.

5. Sumber nutrisi


Saintis mendapati, sebiji buah delima memiliki sekitar 40 peratus Vitamin C harian untuk orang dewasa dan mengandungi asid folat, serat, kalium, niasin termasuk Vitamin A dan E.

6. Mencantikkan kulit


Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit. Juga membantu melahirkan anak sihat dan cerdas.

7. Baik untuk ibu mengandung


Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jusnya dapat melahirkan anak sihat dan cerdas.

Di atas tadi adalah antara keajaiban atau khasiat buah delima kepada kesihatan tubuh badan kita. Dengan mengamalkan jus delima atau makan buah delima, insya Allah kita mendapat manfaat daripada buah delima iaitu antara buah yang disebut di dalam al Quran.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. d kedah dulu selalu mkn buah delima. tapi d sabah, susah nak dapat

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close