Tips Dan Panduan Beli Buah Delima Yang Betul

Tip Dan Panduan Beli Buah Delima Yang Betul. Jika anda jarang beli buah delima, anda tentu tak pasti mana satu buah delima yang terbaik dan elok luar dan dalamnya, kan? So, kena ambil tahu tips dan panduan beli buah delima yang betul, masih elok dan segar. Kerana, buah delima ada satu tempoh tertentu dikatakan ia mulai rosak dan tak elok di makan jika telah melebihi sesuatu tempoh tertentu.

Tip Dan Panduan Beli Buah Delima Yang Betul

Tip Dan Panduan Beli Buah Delima Yang Betul

Gambar atas, buah delima Egypt yang besar saiznya. Dan isinya, amatlah merah macam warna darah. Hmm.. rasanya amat manis. Makan perlahan-lahan, sebiji-sebiji barulah rasa khasiatnya tu. Melawaskan perut jugak.. cubalah.

Tips Pilih Buah Delima Yang Betul


Baca panduan dan tips di bawah tentang cara pilih buah delima ketika membeli belah ya.

Panduan yang diberikan oleh Enck Rahman Baco yang merupakan ahli farmasi berdaftar dan berpengalaman berkerja sebagai Pegawai Farmasi di Bahagian Pennguatkuasa Farmasi dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Farmasi Komuniti di Pharmago Pharmacy. Rahman menulis buku berkaitan tahap halal ubat dan kosmetik beracun.

1. Sila pilih buah yang berat dan pastikan kulitnya bersih dan tidak merekah.

2. Buah delima boleh tahan 6 bulan jika disimpan dalam peti sejuk. Bermakna, simpan dalam peti sejuk adalah salah satu cara penjagaan buah delima.

3. Untuk produk berasaskan delima, seperti jus delima, mohon semak label kandungan sebelum membeli. Pastikan paras gulanya tidak terlalu tinggi kerana niat baik kita untuk dapatkan khasiat delima takut nanti bertukar menjadi mimpi ngeri pula!

Semoga tips dan panduan yang diberikan akan memberikan manfaat kepada kita semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close