Header Ads

Cara Nak Buat Serunding Kelapa Yang Lazat Dan Terbaik


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Cara Nak Buat Serunding Kelapa Yang Lazat Dan Terbaik
Cara Nak Buat Serunding Kelapa Yang Lazat Dan Mudah. Serunding kelapa memang legend, dari dulu kala sampai la zaman ni, tetap dicari orang. Nak makan apa dengan serunding kelapa ni? Alahaii.. makan dengan nasi putih panas-panas pun sedap, makan dengan nasi ambang @ nasi ambeng, buat kuih pulut kelapa dan banyak lagi. Pulut panggang pun enak.. haha


Jadi, di bawah ini saya share kan bahan resepi nak buat serunding kelapa, yang murah tetapi sedap dan terbaik!! Nak buat serunding daging tak larat lagi, kita belajar lah buat serunding kelapa yang biasa mak kita sediakan terutamanya pada hari raya.

Cara Nak Buat Serunding Kelapa Yang Lazat Dan Terbaik

Cara Nak Buat Serunding Kelapa Yang Lazat Dan Mudah, Terbaik!


Bahan-bahan:

1 biji kelapa parut - digoreng tanpa minyak / sangai


Bahan di mesin/ kisar halus:

30 sen jintan manis (sebungkus ~ 1 sudu besar )
1 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sudu besar lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup (elok guna yang fresh)
2 sudu besar udang kering
Tambahan:

Asam jawa sebesar ibu jari diperah airnya dengan 2 sudu besar air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.

Cara penyediaan:


1. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.

2. Tumis bahan-bahan yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.

3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.

4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.

Langkah demi langkah bergambar buat serunding kelapa terbaik dan sedap!!


Cara Nak Buat Serunding Kelapa Yang Lazat Dan Terbaik

1. Sangai kelapa parut yang telah dicampur atau gaul dengan serbuk kunyit. Agar warna serunding cantik kekuningan..

Cara Nak Buat Serunding Kelapa Yang Lazat Dan Terbaik


2. Dah kuning dan kering, angkat kelapa parut dan ketepikan sementara.


3. Tumis segala bahan kisar dengan minyak. Tumis sampai naik wangi dan bahan tumisan dah jadi kering.



4. Tambahkan serbuk perasa, gula dan garam secukupnya. Masukkan air asam jawa dan kacau, biarkan pekat sedikit.


5. Masukkan kelapa parut yang telah disangai tadi ke dalam kuali dan kacau rata dengan bahan tumisan tadi.


6. Bila dah kering, matikan api dan biarkan sejuk seketika. Masukkan ke dalam mangkuk.


Serunding kelapa dah siap untuk dihidangkan. Nak makan dengan apa? Dengan nasi impit dan nasi putih panas-panas pun sedap.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.