Header Ads

Bubur Nasi Berlauk Hidangan Dinner


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Bubur Nasi Berlauk Hidangan Dinner
Bubur Nasi Berlauk Hidangan Dinner. Sejak dua hari lepas macam tak ada mood nak makan nasi campur.,sebab kita yang masak kita yang hidang, nak makan pun tetiba kenyang. Tapi hairan, tak makan pun berat maintain tak turun-turun. Macam mana tu? Hehe.. bertabahlah wahai hati. Niat nak kurus asyik terbantut je. Bila hari ni berazam tak nak makan berat-berat tetiba anak bujang order delivery siakap sweet sour. Tomyam gong yang masam manis lemak sedap tu.. Uishh...

Akibat kononnya bosan makan nasi, malam ni dinner saya ambil bubur berlauk. Antara lauk bubur tu adalah kangkung goreng belacan, telur masin, lobak masin, kacang tanah, bawang dan ikan bilis goreng. Memang ngam dan sedap!! Licin saya kerjakan.

Bubur Nasi Berlauk Hidangan Dinner 


Alhamdulillah. Habis juga dinner bubur berlauk saya ni. Anak-anak pun suka. Ikut makan sekali. Tapi sambal belacan tak ada la, sebab dia orang dah bagi kangkung goreng belacan. Hehe..

Gambar bubur nasi berlauk

Nampak menyelerakan kan? Bagus untuk korang yang tekak nya tak berapa sedap, orang demam pun bagus juga pekena bubur nasi berlauk ya..



Ada yang nak buat bubur nasi berlauk ke? Ala buat campak-campak je.. boleh juga pelbagaikan dengan variasi lauk bubur nasi seperti ikan bulu ayam rangup tu, telur dadar hiris halus, potongan ayam goreng KfC dan banyak lauk lagi yang anda boleh cuba. Nak masak untuk family kenalah kreatif dan penuh kasih sayang.

Betul tak?

Selamat memasak ya ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.